Tuesday, January 31, 2012

~SKETCHING OF MINE~


7-16 tahun~
org bertanya, "apa hobi kamu ye wani?"
ak menjawab, "melukis". Tp xpenah melukis pn tatkala itu. Mungkin hanya mahukan org yg bertanya berpuas hati kerna pertanyaan yg ditanya tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Atau mungkin waktu itu aku bercita-cita ntuk menjadi seorg arkitek.

17-sekarang~
org bertanya, "apa hobi kamu ye wani?"
aku menjawab, "ntahlah~tiada yg tetap tp kekadang tu melukis". Tp sekarg, ya! Aku menyatakan kerna kerna aku buat perkara itu terkadang bila aku punya waktu terluang. Dan mungkin kerna aku bakal menjadi ARKITEK yang akan melakar kejayaan anak bangsaku akan datang~in sya ALLAH. . .
















~simple sketching of mine~



pssssttt:dan sungguhlah, kata-kata itu merupakan doa bagi setiap insan.



~AYUH~



Selawat Syifa’


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.





Selawat Tafrijiyyah


Terjemahan:

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.





Doa Menghindar Syaitan


Terjemahan:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripadasetiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.





Doa Sulaiman


Terjemahan:

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.





psssttt: AYUH HAFALKAN. AYUH AMALKAN~




Sunday, January 01, 2012

~CERITA JANUARY 1ST~





Tujuh tahun yang lalu~
-Bayan Lepas International Airport-


E : Hey, aku E(bukan nama sebenar).
S : Owh ea? Aku S(bukan nama sebenar).

E dan S berlepas ke Labuan bersama rakan seperjuagan yg lain untuk menjalani seminggu kursus di sana.


Selepas seminggu~
-Labuan Airport-


E : Aku nk no fon ko boleh S?
S : Mintak kat puan la, dye ade no aku.


Setahun berikutnya~

E dan S saling berhubung melalui khidmat pesanan ringkas(sms) dan E telah memperkenalkan teman mesranya(girlfriend la) kepada S dengan memberi no telefon aweknya M(bukan nama sebenar) kpd S dgn hrpn S akan berbaik dgn aweknya. Namun S berkecil hati krn layanan E selama ini seperti E menyukai S. Tapi S yakin dan percaya bhw E amat suka kpd M dan S telah membuat kptsn untuk meninggalkan kisahnya begitu shj tnpa titik noktah krn S akan membawa diri jauh dari situ.


Tujuh tahun kemudian~
teeettt. . .teeettt. . .
(SMS masuk tertyng di henpon S)


S : Hoh? dari M? Dia simpan lg no aku upanya.
M : "Salam, S sihat?S, E sakit la, dia kat GH skrg ni. Esok dye kena operate. Sakit jantung".
S : Hah? bia btol? E kan muda lagi. Btol ke sakit jantung?
M : Iye S, jom kite pi ziarah dia hujung minggu ni. Boleh skali M kasi kad jemputan kahwin M kat S.
S : Tahniah M! Ngan E ea M nak kahwin?
M : Xdelah S, xde jodoh kami. Ngan org lain.


************jeng. . .jeng. . .jeng************


M memg teramat rapat dengan keluarga E terutamanya ibu E. Memandangkan M telah menjadi menantu-tak-jadi ibu E, Ibu E sgt sedih sehinggakan mengalirkan air mata keibuannya. Tapi semuanya bukan urusan mereka. YANG DI ATAS sana MAHA ARIF mengaturkan seglanya. E jatuh sakit juga tidak semena-mena. Dan perkenalan S dengan M dan E telah memberi pengalaman baru kepada S dan S telah mengerti bahawa dunia ini hanya sementara shj dan segala perancangan yang kita lakukan tidak akan terlaksana dengan kehendakNYA.



ppssstt: ALLAH MAHA ADIL dan DIA telah mengatur yang terbaik untuk hambaNYA. Ujian yg diturunkan kepada hambaNYA adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Jangan mengeluh dan teruskan berusaha mencari redhaNYA. Lama-lama bercintapun kalau dah tak ade jodoh xboleh nk buat ape. Baik mencari keredhaanNYA daripada mempersia-siakan hidup kita.