Monday, March 16, 2015

~MENGEJUT~


Berzaman rasanya medan ini tidak tercoret~
Kesibukan melanda diri
Biasalah lumrah hidup orang bekerjaya..hehe

Anyway,
Newbie teacher in Balingian, Mukah, Sarawak
Daftar diri 2nd of February 2015
Masih dalam proses menyesuaikan diri lagi
Walaupun mengeluh itu rutin harian, tp cuba untuk terus kuat demi anak bangsa n agama..hehe

Ceritanya
3 bulan kebelakangan ini semuanya terjadi secara MENGEJUT
Terima berita posting mengejut, beli tiket sana sni mengejut, wang juga mengalir secara mengejut..

Apa-apa pun
Cuba berlagak selamba dan redha dengan ketentuanNya..
Kerana semua yg terjadi adalah yg terbaik buat hambaNya dan pastinya terselit hikmah yang pasti kita temui kemanisanNya..

Sekian, entri MENGEJUT
Hingga ketemu lagi

Sarawak, bumi yang bakal kuukir memori dalam diari diri

Tuesday, October 28, 2014

~LUB DUP LUB DUP~


Salam
Ini adalah entri pantas..hehe

(Lub dup...Lub dup)
Perasaan gemuruh kian terasa
Temu duga SPP punya cerita
Tak tenang duduk dibuatnya
Moga kejayaan mengiringi kita~

Selamat maju jaya bagi semua rakan pelajar guru di seluruh Malaysia umumnya 
dan khususnya buat rakan-rakan di sini~
Tenang-tenang
Banyakkan selawat~

(Lub dup...Lub dup)
Sentiasa gemuruh bila butang hijau ingin ditekan
Kali ini gemuruhnya lain sekali
Mujur tiada yang respon di hujung talian
Akan ku ucap esok hari~

Fuhhh~double lub dup..lub dup
Selamat ulang tahun kelahiran awak~
May ALLAH grant you happiness fidunya wa filakhirah...


ihsan Google

pssttt: All the best ntuk UKMHK TD dan SPP!Moga kejayaan mengiringi kita bersama


Wednesday, October 08, 2014

~BILA TIBA~




Jangan mengeluh
cemburu tengok orang lain berpasangan. 
Allah nak kita tunggu sekejap. 
Bukankah yang terbaik itu selalunya datang lewat?

ehehehe~
Janji ALLAH itu pasti!
Tidak di sini di sana nanti~

ihsan google

#rindu
#takecare

Tuesday, July 01, 2014

~TERSEDAK~


Segala perkara di dunia ini adalah tidak kekal. 
Hanya yang menciptakannya sahaja yang kekal abadi.
Segalanya hanyalah pinjaman semata-mata buat kita insan kerdil di dunia ini.

Kagum dengan insan-insan yang berjaya mentransformasikan
diri ke jalan yang lebih molek dan diredhai Allah. 
Keliru dengan mereka yang lupa akan realiti dunia ini.
Maka terserlah lah bahawa segalanya memang bukan di tangan kita 
namun kita mampu berusaha untuk menggapainya.

Kenapa mereka boleh dan kita tak boleh?
sebab usaha kita ciput beb...

Tersedak!




Ramadhan Kareem~


mood:delete semua gambaq ozil..huh!
dunia makin tua sahabat-sahabat...

Tuesday, June 17, 2014

~AI DI BEIJING~


BEIJING, 11 Jun 2014-Segerombolan pelancong seramai 17 orang dari Malaysia telah pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Perasaan teruja dan takut bercampur baur sejak di balai pelepasan KLIA2 lg. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan pelbagai pengalaman baru mereka perolehi di negara itu. Berikut merupakan antara pengalaman yang mereka lalui~ Ayuh biar gambar berbicara.


Hidangan yang sebenarnya kurang diterima dek tekak. Tapi makan sahaja~Alhamdulillah rezeki


Jeti ke Summer Palace


Tempat permainan dayang2 mungkin~


Istana musim panas ibu suri


Penghubung ke istana musim panas


Kebanggan mereka


Lepak di kaki bukit dulu sebelum mula mengembara~


Pedal ayam cinta~


Hentian~


Bird Nest Stadium~sudah tidak digunakan lagi..rugi~


7 stars hotel di tengah kota Beijing~


Rakannya di Malaysia~


Forbidden City~


Jerebu~


Lapisan pertama Forbidden City~


Ibu pejabat utama~


Kami sudah~


Sesungguhnya berjalan di bumi tuhan ini mengajar aku pelbagai erti kehidupan. Dan mengajar aku betapa perlunya kita bersyukur dengan apa yang kita telah dan masih miliki walaupun ia hanya pinjaman dari Yang Maha Kaya.
Juga menunjukkan aku betapa bertuahnya dilahirkan menjadi seorang yg Islam dan beriman serta menjadi rakyat Malaysia. Sungguh Malaysia adalah negara bertuah~sentiasa meraikan kepelbagaian. Moga seluruh umat Islam di seluruh dunia serta Malaysia dalam lindunganNya sentiasa~


Menanti si dia yang x kunjung tiba~sabar2..haha

Terima kasih Beijing atas pengalamannya. Hingga ketemu lagi~
Wo ai ni...Captencegu


Wednesday, May 14, 2014

~A MONTH, TWO MONTHS, THREE MONTHS~





Dengarlah bintang hatiku, aku akan menantimu
Dalam hidup dan sedarku hanyalah kau yang kutunggu,
Dan teringat janjiku padamu,
Suatu hari pasti akan kutepati

Aku akan menantimu semampu dan sebisaku,
Pasti kunanti kepulanganmu,
Kuterima pemergianmu dan ku tak akan mengeluh,
Kerna bagiku engkaulah pelengkapku~



Mood jiwang-jiwang rindu...SELAMAT EXAM!!!
Psstttt:Moga sentiasa sihat dan terjaga di sana~


Sunday, March 09, 2014

~MH 370~


TRAGEDI MAC 2014

Berita kehilangan pesawat MAS MH370 menggemparkan 
seluruh rakyat Malaysia khasnya dan dunia umumnya.
Kejadian tragik ini kita jadikan satu iktibar untuk sama-sama 
kita kembali urusannya kepada ALLAH SWT.

Moga diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian besar ini~



MH 370 KL-Beijing



Air traffic on that time


Plane that never arrived


#PayForMH370  #keeponpraying   #dontlosehope
semuanya dalam percaturan Allah SWT~pasti ada hikmahnya...



Tuesday, March 04, 2014

~LESS THAN A MONTH~



Well, kurang dari sebulan kan..
Bahagian mana sudah diketahui..
Tinggal nk tahu dicampakkan ke mana saje lagi~

Apa-apa pun..
Org doakan yg terbaik..
Selamat berkhidmat~




Tuesday, January 07, 2014

~JODOH BERDUA~




Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita





Musim orang kahwin dah slow sikit..nak mai balik time raya cina nanti..Apa2 pun tahniah kepada mereka2 yang telah berjaya mendirikan rumah tangga. Selamat melayari bahtera kehidupan ini dengan pasangan masing-masing. 

Buat diri aku dan diri mu yang masih belum berpunya, usah bimbang, usah gelisah. Jika tiada di dunia di akhirat kelak pasti berteman jua. Yakin dengan kalam Allah buat setiap makhluk yang Dia ciptakan. ALLAHUAKBAR~


psssttt: siap sedia untuk gerbang pernikahan penting tapi ade yang lebih penting drpd itu iaitu KEMATIAN kerana MATI ITU PASTI~

Friday, January 03, 2014

~DARI KACA MATA~




Tersebutlah al kisah di sebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Di saat seluruh dunia menyambut tahun baru ini, pemerintah negeri tersebut telah mengumumkan pelbagai kenaikan harga barangan serta penolakan subsidi yang telah diberikan selama ini bermula 1 Januari. Bagi yang menyokong katanya "lama dah depa duk bagi, tak pa lah naik skali skala". Ade juga yg bunyinya begini "kita ni kena terima semua keadaan dengan cara positif. Walaupun perkara tersebut negatif bila menerima dengan positif maka positif la jadinya". Eh2, dalam matematik kan Positif x Negatif = Negatif tahu??

Maka, nak dijadika cerita, golongan rakyat yang rasa teraniaya mencetuskan demo aman yang dipanggil T***N. Mahu menyatakan pendapat, suara tidak didengar. Jadi protes inipun berlangsung. Namun, media-media yang sesungguhnya didalangi oleh puak-puak pemerintah ini mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan ini untuk menggulingkan tampuk kempimpinan mendapat liputan yang sangat meluas. Baiklah kawan, luaskanlah kuasamu. Dengan sesungguhnya kalian telah mempromosi perhimpunan T***N tersebut. Terima kasih ya!

Nak dijadikan cerita, perhimpunan berlangsung dengan aman. Malu sendiri ya kamu. Ini baru satu ya kawan. Banyak lagi yang akan menanti. Pulak keluar kenyataan dari seorang mufti di negeri tersebut mengatakan darah para pendemo adalah halal untuk dibunuh?Apakah ini?Nampak tak permainannya di situ?Bertepuk tanganlah sekuatnya bagi mereka yang tidak memahami. Ini adalah kisah yang perlu difikirkan bersama. Sampai bila perkara ini perlu berlanjutan?




~SELAMAT TAHUN BARU 2014~


Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati di dunia pinjaman ini dan sentiasa berada di atas landasan yang benar untuk memperjuangkan dan menegakkan keadilan~
Percaya janji ALLAH~




Tuesday, November 05, 2013

~PERCAYALAH~


'Trust is a fragile item. Broke it, you may not gain the item again'
quoted~

I'm trying to trust you..indeed
please do not break it..



SALAM MAAL HIJRAH 1435
Alhamdulillah...
Moga semakin bertambah usia..semakin utuh cinta 
kita terhadap Allah dan rasulNya~



Psstt:Alhamdulillah..kekal~

Monday, October 28, 2013

~SYG SEMUANYA~


Syg ALLAH
Syg RASULULLAH
Syg Mama
Syg Abah
Syg Keluarga
Syg Awak
Syg Semuanya~




pssstt:Selamat ulangtahun kelahiran awk~

Friday, October 18, 2013

Thursday, October 10, 2013

~MASIH BELUM TERLAMBAT~


Eh, hola~
walaupun sudah beberapa kali penampilannya dalam epl
dan ianya WOW! kataku
aku baru nk post pasal si dia
mein mann...keh3~
n he speaks English n i can understand it!!hihu~
<3 p="">



"i am a gunners" _ozil


pssttt:his eyes make me think of somebody..yes u!u!haha~

Sunday, September 29, 2013

~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~


Rare sangat rare~ 
Bila rasa goyah mengundang, hati meronta-ronta minta dilepaskan
Tatkala itu kau muncul dengan membawa senyuman yang terukir indah
Sudah lama perkenalan ini dan ia sangat bermakna untuk diri kali ini
Terima kasih awak.. terima kasih banyak3~

Melakari lukisan hidup yang berwarna-warni
Menempuh kehidupan penuh onak duri
Mengeratkan ikatan kasih yang suci
Mengukuhkan simpulan sayang yang abadi

Kugenggam erat kata ini
Yakin dan percaya kekuatan diri
Usah risau perlu peduli
Kerna setia bertaut hati



gambar ihsan Google


Monday, September 16, 2013

~TWO IN ONE~


Last post June 10th
Today is September 16th~
What a long rest...huhu

SELAMAT HARI MALAYSIA YG KE-50

dan

SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YG KE-80


<3 p="">

Monday, June 10, 2013

~TARIK?~


Tarik jaminan posting para mahasiswa guru?
Wohooo~ 
Lepas graduasi kami xdijamin akn mendapat posting?
Wohooo~
Kami belajar 5 tahun setengah di sini
atas tiket ijazah sarjana muda PERGURUAN
kami xdpt jaminan posting ke mana-mana??
Wohooo~




psstttt: jgn bimbang jgn risau~Rezeki ALLAH dimana-mana..

Thursday, May 30, 2013

~TILE AND JOINT CLEANSER~


AMARAN!!
BAHAYA!!

korang2~
meh sini nk bagi nasihat sikit
kalau korang nk bersihkan bilik air korang nak kasi shiny2 gitu
PLEASE,
JANGAN bersihkan time tutup pintu dan gunakan produk TILE AND JOINT CLEANSER yg jenis spray punya tue~
BAHAYA ak cakap.
Boleh sesak nafas owh kalu hidu benda alah tue.

Aku tak cakap kalau aku tak kena~
Memang rasa nk pitam dah weyh.
BAHAYA2~

so, ladies and gentleman~ just becareful k.
Tak toilet yg shiny kita yg pitam~huhu!!



psssttt: gune ajax fabuloso lagi bagus~



Wednesday, May 29, 2013

~JARI SUDAH KERAS, IDEA SUDAH KERING~


Ini sketch setahun yg lalu
yang aku pun sebenarnya xtahu
bolehkah aku meneruskannya
pada hari ini~


Damon Salvatore


Stefan Salvatore



Samuel Tsui


Mesut Ozil


Jack Sparrow


Harry Potter


Besday present untuk member

 
Latest sketch of mine, yg ni, baru je dilukis dalam bulan 4 hari tue kot, 
waktu tengah2 busy praktikum.



psstttt: i love art and art is always an art. Belok mana pun ia, ia tetap seni. Kerana, seni itu belok~


Tuesday, May 28, 2013

~TEDDY~

Hazim masuk matrik
Kelihatannya seperti bersungguh-sungguh ntuk kejar cita2
Moga2 Hazim berjaya.

Hazim juga bersungguh2 bersiap siaga ke matrik
Aku hny lihat shj dia berkemas dan tolong ape2 yg patut
tiba hari mendaftar ak biasa lah, xpenah lagi gagal ikut serta adik2 aku mendaftar sekali
Maklum lah, tumpang eksaited.

Dapat je bilik
Terus mengemas, keluarkan brg2 yg dibawa dan masukkan ke dlm loker
Guys are really simple~ No doubt!!
But this guy, haha~
mengundang tawa yg besar kepada ak sebagai kakaknya!
Dalam hati ade taman beb!!
Its a TEDDY!!hoho




pssttt:all the best!!