Friday, June 29, 2012

~PLASTIK DAN TIMUN~


Di TESCO Penang bersama mama tercinta. Mama mahu membeli timun yang banyak jumlah batangnya kerana esok Karnival Jambulicious menginginkan mama untuk masak buat mereka. Tatkala aku membantu memilih timun yang molek untuk dijadikan ulaman dalam nasi lemak esok, aku lihat seorang budak lelaki di tepi aku. Dia terkial-kial menarik plastik untuk mengisi timun yang dia pilih. Lebih 20 saat aku memerhatikannya dan aku mendekatinya.

"Tak boleh tarik ye dik? Meh nak tolong"
Dia senyap.

Rupanya, kobis yang lebih besar dari kepala aku yang membantutkan budak lelaki itu untuk menarik plastik yang disediakan. Pemilihan timunku terhenti kerana budak lelaki itu lebih menarik perhatian aku. Setelah dapat menarik plastik tersebut dia tidak dapat untuk mengoyakkannya. Aku merapati dia kembali.

"Tak boleh koyak eh dik? Sini nak tolong."
Dia senyap dan kali ini dia langsung tidak memandang aku.

Selesai aku koyakkan plastik buat budak lelaki itu, aku buat-buat sibuk memilih timun tetapi mataku tetap memerhatikan dia. Dia mengambil tiga biji timun yang bagiku xsepatutnya dia ambil kerana timun2 tersebut sudah kurang molek. Aku biarkan sahaja. Namun, dia tidak terus memasukkan timun2 tersebut ke dalam plastik, tetapi dia hanya seperti mahu membalutnya. Aku hairan. Kenapa dia tidak masukkan timun2 yang dipilihnya ke dalam plastik.

Aku merapatinya sekali lagi.
"Dik, meh sini. Masuk timun tu dalam ni."
Aku cuba membantu. Dan kali ini aku terpaku.
Keluar dari bibir kecilnya walaupun mata layu itu tidak memandangku.
"Terima kasih kak."

Aku terus memerhatikan dia berpaling daripadaku untuk pergi menimbang timun yang diambil untukdihargakan.
Nah, aku lihat ada kesan jahitan atau parut pada kepalanya. Aku pun tidak pasti. Tumpah rasa simpati aku kepadanya.

"Boleh tak tu?"
Kedengaran suara dari seberang tempat timun ke arah budak itu. Kelihatan ibunya di situ. Aku cuba memerhati mereka tanpa dapat dikesan dan aku rasa aku berjaya. Mataku tetap pada budak lelaki itu.

Aku berpaling untuk terus memerhati budak lelaki itu. Kelihatan seorang ayah bersama troli dan dua lagi anaknya menghuni troli itu. Tanpa segaris senyuman di bibir ayah tersebut, dengan muka yg agak bengis bg pengamatanku, budak lelaki itu seperti takut2 untuk memasukkan timun ke dalam troli tersebut.

Timbul tanda tanya dalam diri ini. Adakah perasaan aku ini betul atau hanya mainan pemerhatian aku sahaja.
Moga adik itu sentiasa tabah dan dilindungi selalu.



~CAN'T BEAR IT~



the tears of him


How disappointed he was?
They tried really hard but the game wasn't theirs. . .
Naa~it's not the end. . .they are great team and the eight is always mein mann~


Monday, June 11, 2012

~PANJANG2, GERAK2, LICIN2~

EW!
mujur xterlepas pisau di tangan
mujur juga aku tidak menikam makhluk itu walau aku tahu jika ditikam sekalipun tiada bendalir merah yang akan memercik keluar.
Berilah aku lintah atau pacat, aku masih boleh terima.
tapi kalau cacing,
satu perkataan sudah mencukupi. . .
EW!

Friday, May 18, 2012

~SO WHAT?~


The question is
Why don't you let people see the good in you?

My answer is
Because when people see good, they EXPECT good. And I don't have to live up to anyone's expectations except HIM~



but, this happened~ The world taught us this. . .
TAKE IT OR LEAVE IT??
its all up to us. . .



p/s: be yourself | Just the way you are~

Friday, April 20, 2012

~APPRAISAL~




Jika kita seorang pelajar, rendahkan la ego kita untuk menuntut ilmu
Tidak ke mana pun ego yg tinggi melangit itu

Jika kita seorang pelajar, hormatilah insan yang mendidik kita
Kerna ilmu yang diberkati adalah aset utama kejayaan-dengan izinNYA

Jika kita seorang pelajar, perhati, hayati dan intervensikanlah diri dalam alam ini
Sungguh alam dan pelajar adalah suatu yang sinonim.

Jika kita seorang pelajar, nilai lah sejujurnya~
Kerna jujur itu amanah kepada setiap insan.


************************************************


Orang selalu kate, hidup ni penuh warna-warniya. Kitalah yang memegang berus dan mewarna tanpa jemu mengikut kreativiti kita. Namun terkadang kita tersilap mencampurkan warna yang sepatutnya dan menjadikan lukisan kita sedikit compang. Tapi ingat, lukisan itu tetap boleh diteruskan jika kita memperbaikinya.

Samalah seperti kehidupan kita. Jika terdapat kesalahan yang kita lakukan secara sengaja atau tidak, bersegeralah kita memperbaikinya agar kehidupan kita sentiasa berada dalam keredhaanNYA. Biarkan orang menilai kita walau dengan apa cara sekalipun tetapi penilaian di hadapanNYA kita wajib utamakan. . .Justeru, perbaikilah diri agar diberkati~




Lakaran hiasan | Gempa Acheh



p/s: Hidup ini sementara sahaja. Jangan persia-siakannya~