Thursday, November 15, 2012

~PHARMACY~

perghhh. . .
pharmacy kat Setiawangsa ni mcm kedai runcit plak
orang klua msuk berderu-deru
hebat~
ke ramai org xsihat?
get well soon!!

Saturday, November 10, 2012

~ADIK DAN TELEFON PINTAR~

3.45ptg
iwan, cepat le survey. Nak angkat yg mana ne?Bajet brape?(sambil tgn kelik2 laman sesawang yg menayangkan harga2 telefon pintar trend skrg)

5.30ptg
kak wani, jom ah~da tawu nk yg mane.

5.45ptg
okei, siap~bawa duit x?nt kak wani plak kena bayar kang..

6.30ptg
pilih punya pilih~dapat la sebijik ntuk adik aku sorang ni


okei~
kakak die pn xpkai telefon pintr..aishhh~
derang sume pakat dah meng'KOREA'kn telefon..aku je duk meng'FINLAND'kan lg.
tp, ape aku kesah, asal dpt kol, mesej pun da cukup~bersyukur dgn ape yg ade..heee~


dialog lepas beli

7.00mlm
jap, meh nk try kol kak wani
eh, iwan igt ke no fon kak wani??
ingatlah!(bangga jap, adik aku ingt nombor aku!!haha)
sebab senang sikit nk minta tlg ke, minta duit ke~(ceh!!padam memori nombor tue cepat!haha~)

adik2~henpon2!!dunia sekarang~



Monday, September 10, 2012

~TIDAK TAHU PADA SIAPA~


Terdetik di hati bahawa terlalu banyak kekhilafan yang telah dilakukan menjadikan diri terlalu hina-dina

2.  Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 
3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan
QS. As-Saff: 2-3



Hobi aku untuk memerhati kelangsungan hidup sememangnya tidak pernah mati.
Mahu menelan apa yang dilihat, aku rasakan mual sekali
Mual dek kerana manusia yg sering lupa diri
Lupa bahawasanya sang murabbi sedang menanti
(Kenapakah payah benar Melayu menepati masa? Adakah itu lumrah atau kita biarkan ia menjadi adat kita?)




PROGRAM IPG KAMPUS DOT DOT DOT~


A(PIC program) : Aku heran, apehal la derang ni xnak join program bermanfaat ni. Pastu mula la nak kata kampus xde anjur program la, itu la, ini la. Padahal depa yg xnak turut serta. Penat orang anjur itu, anjur ini. Kesian kat PIC noh.


B(PIC program lain) : Depa duk bising kata kita xpi program depa. Depa pun xsupport program kita. Macam tu la. Kata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


Inilah yang terjadi. Tiada persefahaman, tiada persepakatan, tiada toleransi. Semuanya pentingkan diri.
Lihat diri, Perbaiki. 
Sungguh aku malu. Malu dengan diri sendiri dan malu bagi pihak mereka-mereka ini.



pssssttt: hangpa duk marah orang kutuk cikgu sana-sini. hangpa pun xhormat cikgu. macam ni la~choooiii. . .



MAAF






Friday, August 31, 2012

~AKU CEMBURU~


Aku cemburu
Bukan kerna mereka lawa

Aku cemburu
Bukan kerna mereka sudah berpunya

Aku cemburu
Bukan kerna mereka bahagia

Aku cemburu
Bukan kerna mereka gembira

Tapi,
Aku cemburu 
Kerna mereka sudah ketemu jalannya
Perubahan mereka sangat ketara
Mereka menuju mencari Yang Esa
Dengan lapang dada seikhlasnya

Aku takut,
Aku tidak sekuat mereka
Aku rasa
Aku masih di takuk lama
Masih di takuk yang sama. . .
Tidak bergerak ke mana.

************


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-55
Moga kita tidak di takuk yang sama. . .






Tuesday, August 21, 2012

~EIDUL FITRI~





EID MUBARAK!!
SORRY FOR EVERYTHING~