Tuesday, October 28, 2014

~LUB DUP LUB DUP~


Salam
Ini adalah entri pantas..hehe

(Lub dup...Lub dup)
Perasaan gemuruh kian terasa
Temu duga SPP punya cerita
Tak tenang duduk dibuatnya
Moga kejayaan mengiringi kita~

Selamat maju jaya bagi semua rakan pelajar guru di seluruh Malaysia umumnya 
dan khususnya buat rakan-rakan di sini~
Tenang-tenang
Banyakkan selawat~

(Lub dup...Lub dup)
Sentiasa gemuruh bila butang hijau ingin ditekan
Kali ini gemuruhnya lain sekali
Mujur tiada yang respon di hujung talian
Akan ku ucap esok hari~

Fuhhh~double lub dup..lub dup
Selamat ulang tahun kelahiran awak~
May ALLAH grant you happiness fidunya wa filakhirah...


ihsan Google

pssttt: All the best ntuk UKMHK TD dan SPP!Moga kejayaan mengiringi kita bersama


Wednesday, October 08, 2014

~BILA TIBA~




Jangan mengeluh
cemburu tengok orang lain berpasangan. 
Allah nak kita tunggu sekejap. 
Bukankah yang terbaik itu selalunya datang lewat?

ehehehe~
Janji ALLAH itu pasti!
Tidak di sini di sana nanti~

ihsan google

#rindu
#takecare

Tuesday, July 01, 2014

~TERSEDAK~


Segala perkara di dunia ini adalah tidak kekal. 
Hanya yang menciptakannya sahaja yang kekal abadi.
Segalanya hanyalah pinjaman semata-mata buat kita insan kerdil di dunia ini.

Kagum dengan insan-insan yang berjaya mentransformasikan
diri ke jalan yang lebih molek dan diredhai Allah. 
Keliru dengan mereka yang lupa akan realiti dunia ini.
Maka terserlah lah bahawa segalanya memang bukan di tangan kita 
namun kita mampu berusaha untuk menggapainya.

Kenapa mereka boleh dan kita tak boleh?
sebab usaha kita ciput beb...

Tersedak!




Ramadhan Kareem~


mood:delete semua gambaq ozil..huh!
dunia makin tua sahabat-sahabat...

Tuesday, June 17, 2014

~AI DI BEIJING~


BEIJING, 11 Jun 2014-Segerombolan pelancong seramai 17 orang dari Malaysia telah pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Perasaan teruja dan takut bercampur baur sejak di balai pelepasan KLIA2 lg. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan pelbagai pengalaman baru mereka perolehi di negara itu. Berikut merupakan antara pengalaman yang mereka lalui~ Ayuh biar gambar berbicara.


Hidangan yang sebenarnya kurang diterima dek tekak. Tapi makan sahaja~Alhamdulillah rezeki


Jeti ke Summer Palace


Tempat permainan dayang2 mungkin~


Istana musim panas ibu suri


Penghubung ke istana musim panas


Kebanggan mereka


Lepak di kaki bukit dulu sebelum mula mengembara~


Pedal ayam cinta~


Hentian~


Bird Nest Stadium~sudah tidak digunakan lagi..rugi~


7 stars hotel di tengah kota Beijing~


Rakannya di Malaysia~


Forbidden City~


Jerebu~


Lapisan pertama Forbidden City~


Ibu pejabat utama~


Kami sudah~


Sesungguhnya berjalan di bumi tuhan ini mengajar aku pelbagai erti kehidupan. Dan mengajar aku betapa perlunya kita bersyukur dengan apa yang kita telah dan masih miliki walaupun ia hanya pinjaman dari Yang Maha Kaya.
Juga menunjukkan aku betapa bertuahnya dilahirkan menjadi seorang yg Islam dan beriman serta menjadi rakyat Malaysia. Sungguh Malaysia adalah negara bertuah~sentiasa meraikan kepelbagaian. Moga seluruh umat Islam di seluruh dunia serta Malaysia dalam lindunganNya sentiasa~


Menanti si dia yang x kunjung tiba~sabar2..haha

Terima kasih Beijing atas pengalamannya. Hingga ketemu lagi~
Wo ai ni...Captencegu


Wednesday, May 14, 2014

~A MONTH, TWO MONTHS, THREE MONTHS~





Dengarlah bintang hatiku, aku akan menantimu
Dalam hidup dan sedarku hanyalah kau yang kutunggu,
Dan teringat janjiku padamu,
Suatu hari pasti akan kutepati

Aku akan menantimu semampu dan sebisaku,
Pasti kunanti kepulanganmu,
Kuterima pemergianmu dan ku tak akan mengeluh,
Kerna bagiku engkaulah pelengkapku~



Mood jiwang-jiwang rindu...SELAMAT EXAM!!!
Psstttt:Moga sentiasa sihat dan terjaga di sana~