Tujuh tahun yang lalu~
-Bayan Lepas International Airport-
E : Hey, aku E(bukan nama sebenar).
S : Owh ea? Aku S(bukan nama sebenar).
E dan S berlepas ke Labuan bersama rakan seperjuagan yg lain untuk menjalani seminggu kursus di sana.
Selepas seminggu~
-Labuan Airport-
E : Aku nk no fon ko boleh S?
S : Mintak kat puan la, dye ade no aku.
Setahun berikutnya~
E dan S saling berhubung melalui khidmat pesanan ringkas(sms) dan E telah memperkenalkan teman mesranya(girlfriend la) kepada S dengan memberi no telefon aweknya M(bukan nama sebenar) kpd S dgn hrpn S akan berbaik dgn aweknya. Namun S berkecil hati krn layanan E selama ini seperti E menyukai S. Tapi S yakin dan percaya bhw E amat suka kpd M dan S telah membuat kptsn untuk meninggalkan kisahnya begitu shj tnpa titik noktah krn S akan membawa diri jauh dari situ.
Tujuh tahun kemudian~
teeettt. . .teeettt. . .
(SMS masuk tertyng di henpon S)
S : Hoh? dari M? Dia simpan lg no aku upanya.
M : "Salam, S sihat?S, E sakit la, dia kat GH skrg ni. Esok dye kena operate. Sakit jantung".
S : Hah? bia btol? E kan muda lagi. Btol ke sakit jantung?
M : Iye S, jom kite pi ziarah dia hujung minggu ni. Boleh skali M kasi kad jemputan kahwin M kat S.
S : Tahniah M! Ngan E ea M nak kahwin?
M : Xdelah S, xde jodoh kami. Ngan org lain.
************jeng. . .jeng. . .jeng************
M memg teramat rapat dengan keluarga E terutamanya ibu E. Memandangkan M telah menjadi menantu-tak-jadi ibu E, Ibu E sgt sedih sehinggakan mengalirkan air mata keibuannya. Tapi semuanya bukan urusan mereka. YANG DI ATAS sana MAHA ARIF mengaturkan seglanya. E jatuh sakit juga tidak semena-mena. Dan perkenalan S dengan M dan E telah memberi pengalaman baru kepada S dan S telah mengerti bahawa dunia ini hanya sementara shj dan segala perancangan yang kita lakukan tidak akan terlaksana dengan kehendakNYA.
ppssstt: ALLAH MAHA ADIL dan DIA telah mengatur yang terbaik untuk hambaNYA. Ujian yg diturunkan kepada hambaNYA adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Jangan mengeluh dan teruskan berusaha mencari redhaNYA. Lama-lama bercintapun kalau dah tak ade jodoh xboleh nk buat ape. Baik mencari keredhaanNYA daripada mempersia-siakan hidup kita.