Friday, February 25, 2011

~MABRUK 'ALAIKUNNA~


Salam. . .
first n foremost~
xterkira rs syukur ak pnjatkan kepd PENCIPTA sekalian alam
yg telah mengurniakan segala2nya di dunia ini~HAMDALLAH. . .

PRK baru semlm selesai. . .
inilah yg dinantikan~
MABRUK 'ALAIKUNNA. . .
moga kepimpinan kalian akn mentransformasikan atmosfera kampus kita. . .
insyALLAH. . .sokongan kami padu di belakang kalian~


gmbr hiasan. . .gmbr cilok~(maaf ea)


sokongan dan doa kami sentisa bersama kalian~

buat calon2 yg laen yg menang n tiada dlm pix MABRUK juge yer!!
kalian sume hebatlah~


Dari 'Auf bin Malik, katanya:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Pemimpin-pemimpin pilihan di antara engkau semua ialah orang-orang yang
engkau semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang engkau
semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untukmu
semua. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara engkau semua ialah
orang-orang yang engkau semua membenci mereka dan mereka pun membenci padamu
semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat padamu
semua."

~kemudian~

Auf berkata:
"Ya Rasulullah,apakah kita tidak boleh
menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu?
Baginda s.a.w. bersabda:
"Jangan menentang mereka, selama mereka masih tetap mendirikan solat di
kalanganmu semua."
(Riwayat Muslim)

wallahualam~
salam. . .

Wednesday, February 23, 2011

~PAGI BUTA~


Salam. . .

breath innnnnnnnnn~
breath out. . . .hurrrfffffff~
jam suda menunjukkan pukul 1 pg. . .
selamat hari lahir untuk semua insan yg lahir pd tarikh bertuah ini. . .
semoga ceria selalu dlm lindungan ILAHI. . .

aku masih mengekang mata untuk buat esei yg kena hantr esok pagi. . .
biase r kn. . .last mint punye kije. . .tp kira ok r~
nk check sket aje lg neyh. . .heeee~
tp disebabkn mcm nk termun da tgk falsafah bagai. . .
meh nk berfalsafah plak la kat ruangan neyh~

"Ya ILAHI, kurniakanlah aku teman hidup yg pabila aku memandangnya hatiku trus berdebar. Berdebar bukn krn kekacakannya, bukn juga krn kewibawaannya, bukan juga kern suaranya juga bukan kerana kekarismaannya tetapi kerana debaran maha hebat yg mengajak hati, bibir, roh juga fikiran warasku hanya untuk mengingatiMU"

heee~berjaga sorang2 mcm neyh buat aku termenung jauh pikir masa depan kn. . .
tp ape2 pn kena berpijk di bumi yg nyata la kn. . .
kite hny berusaha semampu mungkin tp DIA shj yg tahu ape akn terjd kelak. . .
berbalik kepd bumi yg nyata. . .teeetttt~
(menyambung buat esei. . .)

salam. . .






Monday, February 21, 2011

~AGAIN GHOST TOWN~


Salam~
duk berusaha keras cr artikel ntuk kelas esok. . .
tgk2~
bnd laen yg ak jump~kehkehkeh. . .
best jgak tenet neyh kalu digunakan dgn cr yg btol~heee

dulu
ak jumpa 1 bndar hantu kt inner Mongolia~
ari neyh ak jumpa bndr hantu kat Ukraine plak. . .
nama tempt tue Pripyat City. . .

scary owh tengok tmpt neyh~
tp itulah. . .
kuasa TUHAN kn. . .
bndr ini dikosongkn disebabkn bencana Chernobyl(pena denga x??general knowledge neyh~ak pn baru tawu. . .)
iaitu bencana nuclear yg terjd pd thn 1986(ak xlahir lg. . .sbb tue bru tawu ari neyh~kehkehkeh)

jom2 tgk keadaan kt sne~











sekian, kesah bandar hantu yg ke-2 aku jumpai. . .nk tawu kesah bndr hantu 1st yg aku jumpa tekan sini~


Thursday, February 17, 2011

~AKU TIADA APA~



aku tidak punya harta
aku tidak punya rupa (rupaku bulat cuma)
aku tidak punya sang jejaka
ilmu di dada sekelumit cuma
aku serba kekurangan segalanya

namun,
aku hny bole mengwidekn field dihdpnku
aku hny bole mengmacrokn sesuatu
aku hny parasit pada bnd tumpanganku
aku hnylah aku~


aku adalh wide converter

bila dipsg ke bnd tumpngnku~


aku bole lakukan ini~(macro)

dan aku jga bole lakukan ini (fisheye macro)

sekian drpd aku~
kenyet3. . .




~PILIHLA~





Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...
Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti




kita yg menentukan hala tuju kehidupan kita dgn kuasa ILAHI~
usah kecewa, usah cengeng. . .bangkitla dan pilihla!!


Tuesday, February 15, 2011

~IKON CINTAKU~

SALAM MAULIDUR RASUL~


Kasih sayang Nabi Muhammad SAW terhadap generasi muda lebih hebat, wajar diingati

RASULULLAH SAW tidak melupakan golongan pemuda malah, sebahagian pemuda digambarkan secara jelas rasa cintanya Nabi SAW kepada mereka. Rasulullah tidak menyembunyikan rasa sayang. Apa terpendam dalam diri, pasti digambarkan Baginda.
Disebabkan itulah, setiap kemarahan Baginda membuatkan tertunduknya wajah sahabat kerana terpancar merah saga mukanya. Apabila Baginda gembira, tergambar indah daripada lakaran senyuman bibirnya membuatkan semua merindui wajah seceria itu.
Ada sahabat yang masih muda disebut-sebut Baginda SAW sebagai manusia terpilih untuk dicintai Rasulullah. Usamah bin Zaid dikritik sahabat lain kerana tidak puas hati beliau terpilih sebagai panglima perang dalam usia cukup muda.
Lalu Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasa cinta Rasulullah kepada Usamah turut digambarkan oleh Ibnu Umar dengan katanya: “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga rasa cinta Nabi SAW kepada cucunya iaitu Hassan dan Hussain sehingga Baginda mendoakan mereka dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah juga memuliakan orang muda. Pernah suatu ketika, Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar kaum, beliau dengan sendiri menunjukkan penghargaan kepada orang muda.
Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak paling muda yang hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya: “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Diceritakan oleh Salamah: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kisah cinta Rasulullah kepada orang muda mesti dibalas dengan cinta. Siapa kita di akhirat kelak andai cinta yang ditunjukkan Baginda kepada umatnya tidak dibalas setanding dengannya.

Antara kaedah untuk kita membalas cinta Rasulullah ialah mengisytiharkan rasa cinta walau ia belum pernah dipupuk. Dengan meletakkan cinta kepada Rasulullah melebihi cinta terhadap dirinya sendiri.

Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Nabi SAW bersabda: Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri. Umar RA berkata: Maka sesungguhnya sekarang demi Allah sungguh engkau kucintai lebih dari diriku sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sesudah mengisytiharkan cinta kita, maka ia perlu disambut dengan mengamalkan sunnahnya dan inilah yang dimaksudkan oleh Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah Mengasihimu.”

Kata Imam Ibnu Kathir, ayat ini sebagai pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah tetapi tidak menempuh jalan Nabi Muhammad SAW, maka pengisytiharan cintanya adalah suatu pembohongan sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama dibawa Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.

Sebab itulah perasaan cinta kepada Rasulullah mesti serasi dengan mengikuti jejak sunnahnya. Cinta dan mengikut sunnah tidak boleh berpisah. Siapa tidak mengenali Abu Talib ayah saudara Nabi SAW yang mencintai Nabi SAW dengan cinta yang sangat hebat.

Namun disebabkan cinta itu bukan saja boleh dituruti oleh hati, namun mengikuti ajaran Nabi itu perlu seiring, maka cintanya tertolak kerana menolak mengikut ajaran Nabi SAW.

Begitu juga jika hanya mengikut petunjuk dan mengamalkan ajaran Nabi SAW, tetapi tidak seiring dengan cinta kepada Nabi SAW, maka ia juga tertolak.
Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang munafik yang solat di belakang Nabi SAW. Beliau menuruti ajaran Baginda namun tersemat dalam hatinya perasaan bencikan Nabi SAW, maka segala amalannya tertolak.

Remaja kini hanya mengingati ikon cinta dan kasih sayang milik Saint Valentine hingga tidak sabar meraikan hari kekasih pada 14 Februari tetapi melupakan tarikh 12 Rabiulawal yang sepatutnya mengingatkan mereka kepada ikon kasih sayang lebih hebat dan mulia.

Sedihnya, kisah cinta Rasulullah kepada umatnya sudah hilang daripada diari hidup remaja. Justeru, marilah mengenang kembali kisah Rasulullah yang mengalir darah di kaki Baginda akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menolak dakwah Baginda.

Ketika hadirnya malaikat penjaga gunung yang bersimpati dan bertanya mahukah Baginda jika penduduk Thaif dimusnahkan, Rasulullah menolak sebaliknya berdoa supaya penduduk Thaif mendapat hidayah petunjuk dari Allah.

Hebat benar kisah cinta Nabi SAW kepada umatnya membuatkan Baginda terlupa luka di kaki yang berdarah. Namun kita sebagai umatnya, tidak mahu menjadikan Baginda sebagai ‘ikon cinta.’

Semasa Nabi SAW menakluk Kota Makkah bersama sepuluh ribu tentera, sahabat lain mengenang kembali saat umat Islam diusir dan ada sahabat yang dicincang oleh kafir Quraisy. Betapa hina mereka difitnah dan dicaci sebelum ini.

Lalu seorang sahabat bangun dan berkata: “Hari ini adalah hari pembunuhan balik (balas dendam) terhadap musyrik yang memerangi mereka.”

Bagaimanapun, jiwa yang amat mencintai umatnya iaitu Muhammad SAW menolak dan berkata: “Bukan, sesungguhnya hari ini adalah hari kasih sayang.”

Sayangnya, sejarah ini dilupakan umat Nabi Muhammad sehingga lebih mengagungkan ikon cinta agama lain. Sedangkan, kita memiliki ikon cinta sebenar yang lebih hebat serta tinggi kedudukannya.

Benarlah ungkapan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan.” (Hadis riwayat al-Hakim). Ya Rasulullah, kami mencintaimu, moga ditetapkan hati kami di atas ketaatan mengikut petunjuk ajaranmu.


wallahualam~


Monday, February 14, 2011

~SEPI SEKETIKA~


dear MO~
eehhhmmm. . .(btolkn sore)

SALAM~
rs mcm lama btol xupd8 hal ehwal isu semasa,
kerajaan Mubarak(bole ke pggl kerajaan??mcm dye sorg je memernth. . .huhu~) yg berusia 3 dekad tersungkur (Mubarak serahkn kuase kat military jumaat aritu) hny dlm masa 18 hari shj. . .
askar da amik alih plak. . .moga2 Ikhwanul Muslimin yg akn menerajui empayar Mesir nt. . .insyALLAH~

**************

habis situ. . .
hari yg dinantikan telah tiba
birthday kekasih hati junjungan besar Rasulullah s.a.w iaitu pd esok hari~
jom la kita sama2 bnykkan selawat dan mengingati baginda utusan ALLAH



wallahualam~
sekian. . .

Wednesday, February 09, 2011

~DIALOG KAH?~




Salam~
aku x akan lupa hari ini
di manakah letaknya ketinggian martabat seorang ketua apabila dilumatkan oleh pelatih cuma??

ape nak jadi neyh??
sume nk komplen. . .
itu xkena la
ini xsetuju la
yg tue menyushkan la
yg neyh x relevan la

hey!!
kehidupan ini dinamik la~
nape mesti kena statik??
perubahan diperlukan bg memajukan
terima saje la ape yg cuba diperbaharui

ini tidak
dtg depan dgn bercekak pinggang
arah org suh duduk bile berebut nk buat bntahan
intonasi bagaikan tidak hormat lgsung kpd yg lebih berpengalaman
MASYALLAH~

aku pulak yg rs muka neyh jd setebal berinci2~
geram jgak melihatkn apabila perasaan menguasai akal yg waras
aiiisssshhhh. . .

bukankah pd zaman NABI SAW
para shbt terus menerima ape sje yg diperkatakn oleh ketua mereka
tnpa ada komplen apetah lg bantahan
sungguh!
memang HEBAT mereka itu~
xde pn sesi dialog mcm neyh
maju jugak zaman NABI SAW

sekadar peringatan untuk diri jga yg laen. . .
jgnlah kita ambil segala perubahan itu x elok ja. . .
ada la sebab tue sesuatu perubahan dilakukan~

~LIFE IS ALL ABOUT CHANGES~

sekian~wallahualam. . .


p/s:sesetengah je yg melampiaskn ketidakpuashatian dgn cr xberhemah, xsume ok~



(klik gmbr ntuk membesar)
jemputlah beramai2 bg memeriahkan MPI 2011 IPG KAMPUS PULAU PINANG


Tuesday, February 08, 2011

~TIME IS WAKTU~




MASA ITU EMAS

MASA IBARAT PEDANG

tuntasnya, hargailah masa~

Thursday, February 03, 2011

~MIRAEE + WANEYH = WAN²~







Salam~
Hamdallah. . .khabar drpd shbt2 di Mesir ada la jge didengari. . .syukur~
evakuasi mereka tlh mula dijlnkn dan marilah sama2 kite mendoakan keselamatn mereka~
insyALLAH~

ermmm~
jd nye, ak nk berbalik kpd tajuk asal entri kali neyh~
its all about girls days out~
ayuhhhh. . .langkawi jom~

pada awlnya bertiga, tggl 2 shj~
tp syukur, sume berjln lncr dengn kesengetan yg mcm2 lah. . .
lama xjmp bdk sorg neyh. . .
(bdk2 pn asik duk ckp pasl kawen je. . .ye x miraee??heee~)

so, ak biarkn gmbr bercerita la ea. . .
btw miraee. . .hepi kot~tp kalu ada aina ke or sesape la yg meramaikn lg. . .lg syok agknye vacation kite. . .insyALLAH, akn dtg kot. . .











sekian~
jmp lg naaa. . .


Wednesday, February 02, 2011

~TERKEDU~


Salam~
Hamdallah, syukur krn ak msh diberi peluang ntuk menaip lg

4 hari menghilgkn diri tnp menjenguk mana2 laman sosial
(nk kosgkn diri drpd dunia tnp sempadan neyh la kununya)
menjdkn ak kelu~
mcm xgheti da heh nk menulis. . .

tp selama 4 hr neyh juga
buat ak terkedu,
mcm2 da terjadi~
BN menang kt Tenang
bah di Selatan tanah air
n
krisis di Kaherah (ini yg membuatkn ak trus on lappy dan ingin menulis sesuatu)
berita drpd lambakan sahbt di sana masih negatif~
byk juga msg yg dihntr tp 1 pn xdibls(memg sungguh la komunikasi kat sana terputus)
masyALLAH~

mcm2 khbr yg ak denga~
tp hny ALLAH n mereka di sn shj tawu ape yg sebenrnya terjd. . .
marilah shbt2 sekalian kita sama2 mendoakan agar rakan2 kita di sana dilindungi n terbela~
moga mereka kuat dgn ujian ini. . .




"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"
(Ali-Imran, 3:200)