Tuesday, November 05, 2013

~PERCAYALAH~


'Trust is a fragile item. Broke it, you may not gain the item again'
quoted~

I'm trying to trust you..indeed
please do not break it..



SALAM MAAL HIJRAH 1435
Alhamdulillah...
Moga semakin bertambah usia..semakin utuh cinta 
kita terhadap Allah dan rasulNya~



Psstt:Alhamdulillah..kekal~

Monday, October 28, 2013

~SYG SEMUANYA~


Syg ALLAH
Syg RASULULLAH
Syg Mama
Syg Abah
Syg Keluarga
Syg Awak
Syg Semuanya~




pssstt:Selamat ulangtahun kelahiran awk~

Friday, October 18, 2013

Thursday, October 10, 2013

~MASIH BELUM TERLAMBAT~


Eh, hola~
walaupun sudah beberapa kali penampilannya dalam epl
dan ianya WOW! kataku
aku baru nk post pasal si dia
mein mann...keh3~
n he speaks English n i can understand it!!hihu~
<3 p="">



"i am a gunners" _ozil


pssttt:his eyes make me think of somebody..yes u!u!haha~

Sunday, September 29, 2013

~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~


Rare sangat rare~ 
Bila rasa goyah mengundang, hati meronta-ronta minta dilepaskan
Tatkala itu kau muncul dengan membawa senyuman yang terukir indah
Sudah lama perkenalan ini dan ia sangat bermakna untuk diri kali ini
Terima kasih awak.. terima kasih banyak3~

Melakari lukisan hidup yang berwarna-warni
Menempuh kehidupan penuh onak duri
Mengeratkan ikatan kasih yang suci
Mengukuhkan simpulan sayang yang abadi

Kugenggam erat kata ini
Yakin dan percaya kekuatan diri
Usah risau perlu peduli
Kerna setia bertaut hati



gambar ihsan Google


Monday, September 16, 2013

~TWO IN ONE~


Last post June 10th
Today is September 16th~
What a long rest...huhu

SELAMAT HARI MALAYSIA YG KE-50

dan

SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YG KE-80


<3 p="">

Monday, June 10, 2013

~TARIK?~


Tarik jaminan posting para mahasiswa guru?
Wohooo~ 
Lepas graduasi kami xdijamin akn mendapat posting?
Wohooo~
Kami belajar 5 tahun setengah di sini
atas tiket ijazah sarjana muda PERGURUAN
kami xdpt jaminan posting ke mana-mana??
Wohooo~




psstttt: jgn bimbang jgn risau~Rezeki ALLAH dimana-mana..

Thursday, May 30, 2013

~TILE AND JOINT CLEANSER~


AMARAN!!
BAHAYA!!

korang2~
meh sini nk bagi nasihat sikit
kalau korang nk bersihkan bilik air korang nak kasi shiny2 gitu
PLEASE,
JANGAN bersihkan time tutup pintu dan gunakan produk TILE AND JOINT CLEANSER yg jenis spray punya tue~
BAHAYA ak cakap.
Boleh sesak nafas owh kalu hidu benda alah tue.

Aku tak cakap kalau aku tak kena~
Memang rasa nk pitam dah weyh.
BAHAYA2~

so, ladies and gentleman~ just becareful k.
Tak toilet yg shiny kita yg pitam~huhu!!



psssttt: gune ajax fabuloso lagi bagus~



Wednesday, May 29, 2013

~JARI SUDAH KERAS, IDEA SUDAH KERING~


Ini sketch setahun yg lalu
yang aku pun sebenarnya xtahu
bolehkah aku meneruskannya
pada hari ini~


Damon Salvatore


Stefan Salvatore



Samuel Tsui


Mesut Ozil


Jack Sparrow


Harry Potter


Besday present untuk member

 
Latest sketch of mine, yg ni, baru je dilukis dalam bulan 4 hari tue kot, 
waktu tengah2 busy praktikum.



psstttt: i love art and art is always an art. Belok mana pun ia, ia tetap seni. Kerana, seni itu belok~


Tuesday, May 28, 2013

~TEDDY~

Hazim masuk matrik
Kelihatannya seperti bersungguh-sungguh ntuk kejar cita2
Moga2 Hazim berjaya.

Hazim juga bersungguh2 bersiap siaga ke matrik
Aku hny lihat shj dia berkemas dan tolong ape2 yg patut
tiba hari mendaftar ak biasa lah, xpenah lagi gagal ikut serta adik2 aku mendaftar sekali
Maklum lah, tumpang eksaited.

Dapat je bilik
Terus mengemas, keluarkan brg2 yg dibawa dan masukkan ke dlm loker
Guys are really simple~ No doubt!!
But this guy, haha~
mengundang tawa yg besar kepada ak sebagai kakaknya!
Dalam hati ade taman beb!!
Its a TEDDY!!hoho




pssttt:all the best!!

Thursday, May 23, 2013

~LELAKI~



Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. 
Pertama, siapa ibunya. 
Kedua, 
siapa isterinya.

quoted_UAI





ppssttt: mood habis exam n kenduri invitation beratur. Buat bakal imamku, i miss you! hihi~

Friday, May 17, 2013

~KE MACAM MANE~



kalau seorang wanita boleh sabar dengan ego seorang lelaki, 
apa salahnya lelaki mengalah dengan kemanjaan seorang wanita ..
tak jatuh martabat pon kan~


ke macam mane??


psssttt: ini bagi yg HALAL shj okei~sabar2. . .



Tuesday, May 14, 2013

~I LOVE MIRRORS~


Ya, saya suka cermin!hoho~
ade beberapa cover Mirrors by Justin Timberlake yg ak dah ranking kan
Ape-apepun memg cover ni lg best dr penyanyi asal.
Sorry Justin, no hard feeling~teheeeee





1. Boyce Avenue




2. Sam Tsui




3. Eclipse



psssttt: ENJOY!!


Thursday, May 09, 2013

~MAKE ME STRONG~




Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.



ppssstt: Make me strong~

Wednesday, May 08, 2013

~APA KHABAR LAHAD DATU?~



Semua masih hangat membicarakan tentang PRU13 yang kononnya tidak telus dan sebagainya. Namun apa boleh buat, kita hanya merancang dan ALLAH lah sehebat-hebat perancang. Mungkin PRU14 pula akan berubah seperti yang ramai inginkan. Almaklumlah, undi popular tidak membentuk kerajaan namun sebaliknya.

Owhooo~ berbalik kepada tajuk entri. Sebelum PRU13 tempoh hari, kecoh hal berkenaan tragedi Lahad Datu. Tetapi, selepas parlimen dibubarkan dan penamaan calon berlangsung (malam yg bersejarah buat aku jugak. . .heee~), sunyi sepi terus kisah Lahad Datu ni.

APA KHABAR AGAKNYA YA MEREKA DI SANA?

Aku mungkin kurg arif semasa tragedi ini berlangsung tapi melalui pembacaan, bertanya dengan saudara yg berada di Sabah sana dan perkongsian idea dgn kenalan rapat yang akan bergelar parajurit tanah air in sya ALLAH bulan 3 tahun depan, celiklah sedikit pengetahuan aku tentang kisah di Lahad Datu sana. Tapi kisah sebenar hny penduduk sana shj yg mengetahui sebetul-betulnya. tak gitu?

Ramai antara kita yg merasakan pihak tentera x ambil tindakan semasa tragedi berdarah ini bermula termasuklah ak. Tapi ingat, apa2 yg kita kata atau sangkakan perlu tahu kesahihannya. Jadi perkongsian yg dilakukan dgn kenalan rapat ini ada benarnya.
Perluke mention sape kenalan rapat ni?hehe~perlu kot. kena kasi kredit jugak kn kat beliau.heee~

Beliau ni garang orgnya. Kalau x, xdelah jd askar. Cita-cita dr kecil katanya. Buktinya ada di bwh. SPM straight A~so, jgn pndg sebelah mata ya kat askar2 kita.hehe~
Mungkin ak belum mengenali peribadinya sebetul2nya tapi dia adalah pemuda harapan bangsa~cewwaahh.over sgt ke??haha.
Anyway anyhow, he's taken!!oppsss~terlepas sudah. btol ke ni?btol ke ni??haha~
Ape2pun, terima kasih atas perkongsian tntg Lahad Datu n ak doakan yg terbaik untuknya~



Bukti cita-cita dr kecil~



Tahniah la dpt mengejar cita-cita dr kecil~ Dan selamat menjadi hero my.
dua-dua gambar curi dr akaun fb~jgn marah. .hehe~


Berita-berita yg sememangnya penting sering kali di hilangkan dr pandangan kita dgn berita-berita baru dan dalam sekelip mata kita menjadi leka dan alpa. Begitu juga kisahnya dengan saudara2 kita di Syria, Palestine, Burma dan seluruhnya. Jangan salahkan sesiapa tp kita lah yg perlu cakna.


pssssttt: keep praying for Lahad Datu, Keep praying for Malaysia n keep Praying for Muslims around the world. Jika ini kalilah tidak terjadi, maka, yakin lah lain kalilah akan terjadi~Takbirrr!!




~ORANG MUDA JAWAB~


Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu. 

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Kredit kepada
Mohd Ihsan Fadhli Che Min 
Warganegara Islam






psssttt: sy pun xsuka rasis2 ni. kerana saya adalah Malaysian dan agama saya adalah Islam~




Sunday, May 05, 2013

~FOR THE FIRST TIME~


Kali pertama ini 
akan ku ingati
kerna keputusan ini
membawa perubahan nanti


#GE13

Saturday, May 04, 2013

~UBAH~



Harinya bakal tiba
Ayuh Malaysia, jangan duduk saja
Pilihlah yang haq ntuk mengetuai kita
Tolaklah yg batil yg pernah berkuasa

Lihat hari ini politik keji berleluasa
Memalukan org setiap masa
Seperti sudah terjerat dek singgahsana
Yang hanya pinjaman sementara dariNYA

Korupsi, lucah menghiasi kempen mereka
Tidak lupa fitnah sini sana
Ayuh bersihkan politik Malaysia
Pangkah yang benar terjamin wibawa

Aku anak muda berjiwa muda
Perubahan yang baik amatku damba
Ubah kali ini sejahtera selamanya
In sya ALLAH sentiasa dalam redhaNYA

#inikalilah
ISLAM tertegak AQIDAH terjaga


 


psstttt: hny suara budak2 yg mahukan perubahan~ captencegu


Monday, April 22, 2013

~19 APRIL 2013~ 11.15 p.m~

Masa ini
Saat ini
adalah yang bersejarah buat diri ini.
Akan ku pasakkan hati
Teguhkan diri
Agar rasa ini terus bersemi.

Syukur ya ALLAH
Terima kasih~

psstttt: "saya xmain-main tau"

Sunday, April 14, 2013

~PULANGLAH~






Penamaan Calon : 20 april

Pilihanraya ke 13 : 5 MEI 2013
Mengundi Awal : 30 April



psssttt: balik undi weh, jgn xbalik!! A.M.A.N.A.H DARI ALLAH YANG AKAN DITANYA DIAKHIRAT KELAK



Monday, March 11, 2013

~NASIB ADA ORG PERASAN~


Mujow ade org perasan
Kalau tak penuh dah comment ntah ape2 kat post2 ak yg lalu.
danke kawan~
maklum la, da lama x update blog.
xsempat~

to anonymous>>watchout!!!

Thursday, March 07, 2013

~APA YG BELOM~


Salam~lama xbertemu setelah sekian lama.

 Hari ni hari conquer sedunia. . .
Jadi kerani, aku jadi da
Jadi cikgu, aku jadi da
Jadi hakim balapan, aku jadi da


Jadi student, sentiasa ak jadi
Apa yg blom lagi?
Jom fikir2kan~





Law of gratitude~
Alhamdulillah. . .Alhamdulillah. . .Alhamdulillah


pppsstt: Terima kasih Allah krn beri aku peluang untuk menerima anugerah ini~


Tuesday, January 15, 2013

~EWWW DE TOILETTT~

ini bukan jenis minyak wangi ke ape
ini kesah toilet
bukan nk kate budak mktb ak ni xreti nk jg toil ke ape
tp masalahnya
toilet bangunan baru kot
ape hal la pulak dengan perpaipan mcm sampah
baki simen2 melekat atas tile
tak masuk pintu baru pasang da tercabut
kantraktor mkn rasuah ke ape ni!
bengang btol aku!
bole kena batu karang la sem ni~
nk cari toil nuh 8 minit baru bole jumpa.
aigoooooo~