Saturday, July 31, 2010

~TAKSUB??~



Salam~
taksub??
ak bukn taksub shbt~

aku cuba mencari jln untuk melarikan perkara yg boleh bermain dgn hatiku~

aku takut jika ak melayan hatiku. . .
ak menjadi tidak tenang dan jauh drNYA~
ak takut itu. . .
sebagai alternatifnye ak mencari sesuatu yg ada kaitannya dgn Islam walaupn hny sekelumit~ tapi shbt~
terima kasih ats teguran itu. . .kenyet3~


* * * * * * * * * * * * * * * *

ak sertakan
KETAKSUBAN sebenar yg dicernakan
oleh
Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Hj. Abd. Majid


Fanatik bermaksud: sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. la disama ertikan dengan taksub.

Lawan bagi fanatik dan taksub ialah tasamuh dan toleransi; yang bermaksud lapang dada, luas fikiran dan sabar.


Melampau-lampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattu' dan al-tashdid.
Sikap melampau bertentangan dengan sikap adil dan sederhana.

Maksud firman Allah:

"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu". (Surah al-Baqarah 143)

Sikap taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan adalah salah satu dari gejala melampau.

la memberi gambaran kebekuan fahaman seseorang yang tidak mahu melihat maslahah ummah dan tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, bagi mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

Taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya.
Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul.

Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka.
Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain.

Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain.
Keadaan akan menjadi lebih gawat, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan bid'ah, kufur dan keluar dari agama.

Dalam tindakan secara kekerasan, fanatik dan taksub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah S.W.T., mewajibkan meninggalkan yang makruh seperti meninggalkan yang haram. Fenomena ketaksuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja.

Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur.
Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain.

Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran. Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia.

Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam. Golongan di atas sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu.

Saidina Abu Bakar r.a. memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah.

Pada peringkat individu mereka hanya perlu melakukan amr bil maaruf wa nahyu anil munkar. Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya.

Bapa terhadap anak, majikan ke atas pekerjanya atau pemerintah terhadap rakyatnya.


Beberapa maksud hadis cukup menjelaskan bahawa Islam tidak suka apa juga perkara yang melampau-lampau.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dan al-Hakim pada Mustadraknya dari Ibn Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama'.

Abu Hurairah pula meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang ber-maksud:

'Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seseorang yang mempersulitkannya melainkan dikalahkannya, maka laksanakanlah dengan benar ...'.

(Riwayat Bukhari dan Nasaai)

Sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu khasnya Ahli Kitab.

Maksud firman Allah:

"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul".
(Surah al-Ma'idah:77 )

sekian~
wallahualam. . .

p/s:aku bkn taksub shbt. . .aku cuma mencari~





2 comments:

mira said...

huhu..yo wan..
taksub pe ni wan..
hg taksub pa???
may i know??

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

heeeeeee~
Mesut Ozil larh. . .agagagaga~
tp bkn taksub pn. . .besa2 aje~ngeeee. . .