Tuesday, September 14, 2010

~2B MENJADI 3B~


Salam~

2B or 3B sering kali dikaitkan dgn alat tulis kn~


TETAPI

Ini bukan jenis pensel yg kita guna untk jwb exam or etc~

ini adalah berkenaan
isu yang membingitkan telinga rakyat Malaysia

isu yang meniti di bibir rakyat Malaysia
isu yang membuatkan keadaan Malaysia terasa tidak selamat(nauzubillah)

2B
BUANG BAYI


MasyALLAH~

tiadakah belas ihsan manusia yg tidak sewajarnya digelar manusia ini??
tiadakah perasaan dlm hati mereka ini??
membuang, mencampak zuriat yang dikandung ke tempat yang tidak sewajarnya
tiada mata hatikah mereka??
(pelbagai persoalan timbul di benak aku)
aku ingin sekali mengetahui ape perasaan mereka tatkala membuang bayi yang dilahirkan ke tong sampah, ke dlm longkang, di tepi jln~
tidak takutkah mereka??
tidak gerunkah mereka??
tidak kasihkah mereka melihat bayi yang mulus itu??
MasyALLAH~


cuba lihat figura ini~

even binatang pn membalut anak2nya ntuk ditinggalkan(analogi semata~)
tapi segelintir manusia itu~
sanggup membiarkan zuriat mereka dibuang dgn keadaan bogel dimerata-rata??
tidakkah mereka lebih kejam drpd binatang??
(kes terbaru klik sini)
sgt byk persoalan yg ingin kutanyakan kpd manusia yg xberhati perut ini jika diberi peluang~


3B

BUNUH, BAKAR, BUANG


tidak sunyi dgn kes 2B kita digemparkan pula dgn kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Misteri kehilangannya terungkai apabila dia didapati telah dibunuh, dibakar dan dibuang ke dalam sungai bersama tiga yang lain. (maklumat mutakhir klik sini)
MasyALLAH~


Cuba bayangkan,
arwah ditangkap, dan dipukul hingga terbunuh
dapat imagine x ape perasaan pelaku itu??

ape yang mereka rasakan tatkala memukul, membunuh dan mebakar mangsa??
tiadakah rasa belas dlm diri mereka walau sekelumit cuma? MasyALLAH~

(agk2 ada x org buat paper work dan kajian tentang pembunuh kejam di luar sana?mungkin ada ek~kalu x, xde r series CSI yg diterbitkn oleh Jerry Buckheimer tue~ ak ingt kat LA, NY or Miami je yg ada kes mcm neyh. . .da smp kat Malaysia da upanye~huhu. . .)

Sesungguhnya kes-kes yang disifatkan kejam ini telah menjatuhkan peradaban serta ketamadunan manusia. Masalah yang kian meruncing ini seharusnya menarik perhatian semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahupun rakyat biasa. Ayuh bangkit drpd kejahilan ini.

Sabda ALLAH SWT~
surah Ar-Ra'du ayat 11

sekian~
wallahualam. . .
ape yg diperkatakan hny pndgn seorang aku semata~
salam. . .


2 comments:

AMD said...

tu la manusia..haihhh

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

mengeluh pnjg kan. . .haiiihh~
astaghfirullaah. . .