Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
"Ya TUHANku, KAU lindungilah aku drpd
perasaan was-was ini dan jauhkanla aku drpd syaitan yg direjam~"
Salam
ini adalah benar. . .
jarang kali aku melihat keadaan seseorg yg punya perasaan seperti ini. . .
SUBHANALLAH~
sungguh, DIA la yg MAHA MENGETAHUI~
OCD ataupun Obsessive Compulsive Disorder ataupun was-was yg melampau merupakan satu penyakit yg menyebabkan pesakit sentiasa mengulangi sesuatu perbuatannya disebabkan tidak yakin dgn perkara yg dilakukan. . .
MASYALLAH~
cuba bayangkan dalam bab ibadah. . .bukankah ini adalah sesuatu yg tidak baik. . .
"Penyakit gangguan was-was/ragu-ragu ini dalam istilah medical dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Ianya merupakan salah satu daripada penyakit psikiatri (gangguan jiwa). Pesakit perlu mendapatkan rawatan dari pakar jiwa, sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh. OCD ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama tanpa apa2 perawatan kerana ia akan boleh merebak hingga menjadikan situasi pesakit lebih kompleks. Antara rawatan adalah terapi, ubat-ubatan seperti zoloft, aniphranil dll. Apa yang berlaku sebenarnya ialah terdapat blockage (saraf tersekat) yang menghalang maklumat dari saraf impuls dari menghantarkan maklumat ke otak pesakit. Apabila ini berlaku, maka otak pesakit hanya mampu untuk 'scan' sesuatu situasi tetapi tidak dapat 'register' situasi itu dengan menyeluruh, menyebabkan pesakit merasakan sesuatu itu tidak lagi selesai, walaupun rasionalnya hal itu sudah selesai. Pesakit sedia maklum bahawa air memang telah rata, tetapi akibat dari sekatan2 saraf tersebut, otak pesakit tidak dapat membuat pengesahan dengan rasional. Pesakit OCD akan merasakan ada satu 'alien ego' (ego asing) yang bukan diri mereka yang mengawal pemikiran mereka untuk mengatakan sesuatu pekerjaan itu belum sempurna. Dan akibat blokage yang terjadi ini juga, saraf impuls akan terus-terusan cuba menghantar maklumat. Ini menyebabkan terdapat pengulangan pengulangan fikiran itu. Ini lah yang menyebabkan pesakit menjadi asik terfikir tentang hal itu sahaja hingga tak mampu untuk keluar dari memikirkan hal tersebut. Biasanya, OCD mudah menyerang seseorang yang mempunyai perangai 'perfectionist' atau terlalu cenderung dengan disiplin2 tertentu seperti susunan buku mesti serong ikut ketinggian, lipatan kain atau kemasan katil mesti licin dll. Atau pun ia akan dihidapi oleh seseorang yang mengalami sesuatu trauma dimasa lalu, seperti penderaan diwaktu kecil (bukan hanya penderaan fizikal) tapi mungkin juga tidak dihiraukan oleh keluarga atau seolah dianak tirikan. Ia juga dihidapi oleh wanita yang mengalami trauma selepas bersalin seperti 'meroyan'. Apa jua senario yang membawa kepada kerisauan yang lama dan juga kemurungan. Buat masa ini, apa yang boleh saya sarankan ialah, pesakit perlu cukup rehat, cukup tidur, jangan tidur selepas asar, banyakkan membuat senaman yang mengeluarkan peluh, ambil makanan tambahan yang mempunyai omega 3, (ia telah disahkan sangat baik utk OCD). Amalkan membaca Surah Annas dan memahami dgn tepat maksudnya, banyakkan beristigfar, cari seorang rakan yang benar2 anda percaya, dan selalulah berkongsi dgn dia apa jua yang anda rasai. Biarkan dia memberikan rasional sesuatu keadaan. Cara yang terbaik ialah dengan memahami dgn betul apakah yang sedang berlaku dalam diri dan jangan berfikir yang bukan2. Apabila keadaan urat saraf pesakit telah mengalami blokage ini, maka gangguan syaitan akan lebih mudah dan kuat mempengaruhi, walaupun gangguan tersebut sama sahaja dgn orang lain, tetapi mereka tidak terganggu dengan hebat kerana struktur saraf mereka yang sihat.Wallahualam~"
nak tawu lebih lanjut??sila klik sini
و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ أَبِي خَلَفٍ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ دَاوُدَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا فَلْيَطْرَحْ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْسًا شَفَعْنَ لَهُ صَلَاتَهُ وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لِأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ
Dan telah menceritakan kepadaku [Muhammad bin Ahmad bin Abi Khalaf] telah menceritakan kepada kami [Musa bin Dawud] telah menceritakan kepada kami [Sulaiman bin Bilal] dari [Zaid bin Aslam] dari ['Atha' bin Yasar] dari [Abu Sa'id al-Khudri] dia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, dan tidak mengetahui berapa rakaat dia solat, tiga ataukah empat rakaat maka buanglah keraguan, dan ambilah yang pasti (yaitu yang sedikit). Kemudian sujudlah dua kali sebelum memberi salam. Jika ternyata dia solat lima rakaat, maka sujudnya telah menggenapkan solatnya. Dan jika, ternyata solatnya memang empat rakaat maka kedua sujudnya itu adalah sebagai penghinaan bagi setan".
[HR. Muslim no.88-(571)]
3 comments:
k.wan..thanks sgt2..
yep2~
same2. . .
wow knowledge yg sgt bguna :)
Post a Comment