Wednesday, August 10, 2011

~OWH EY??~


Salam Ramadhan~
Sekejap sahaja masa berlalu dan 10 pertama Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita. . .
Ayuh lipat gandakan ibadah kita kerana DIA. . .

Di saat2 bulan mulia ini,
pelbagai soalan yg muncul.
Antaranya adalah dr mulut adeq2ku sndri di rumah di satu petg sblom waktu berbuka puasa tiba.


~LIVE FROM CHINA~
(Astro ESPN)
Real Madrid vs Tianjin Teda(friendly)
yg berkesudahan 6-0



Iwan: Kak wani, Oezil puasa x?
Aku: Mestilah puasa. Dye kan muslim.
Iwan: Ye ke? Main mcm xpuasa je?
Aku: Mana Iwan tawu? Xbaek oooo~
Syera: Ye je kak wani. Mcm mane kak wani tawu?
Aku: Yela, tadi before stat game kak wani tepon dye. Dye kate dye puasa(dgn sengih-tak-mahu-mengalah)heee~
Syera: Ye la tue. . .
Aku: okei, fine~kak wani tak tahu la. Nanti kak wani tny dye la(masih tak mahu mengalah!)~


**********************************

so, hw to answer it ey??
(aiyaaaa~bulan2 pose pn tgk bola ke?errrmmm. . .kejap je okei!! xtegok smp abis pn. . .huhu~)

So, berbalik kpd soalan adeq2ku td. . .
Aku terbc satu artikel dr 2 blog~
Jadi, kredit to both blog yar!!

Inilah jawapan mereka bagi soalan seperti di atas~


Fatwa ini digunapakai di Jerman.

Seperti yang kita sedia maklum didalam pasukan Jerman terdapat beberapa orang pemain muslim. Mereka adalah Sami Khedira, Mesut Ozil dan Serdar Tasci. Setipa kali datang bulan puasa pemain berugama islam menghadapi dilemma sama ada mahu berpuasa atau didenda kelab yang menggaji mereka. Tahun lalu 3 orang pemain FSV Frankfurt berugama Islam didenda kelab kerana berpuasa tanpa meminta kebenaran kelab. Mengikut pandangan ahli fioslogi pemain bola yang berpuasa lebih mudah penat dan cedera disamping mengalami performanca issue. Pemain Islam seperti Nicolas Anelka (Abdul-Salam Bilal) terang-terang mengaku beliau tidak berpuasa jika musim bolasepak bertindan dengan bulan ramahdan.

Bagi mengelakkan salah faham untuk musim akan datang. Persatuan Bolasepak Jerman meminta pandangan German Central Council of Muslims. Pihak kounsil ini pula mendapatkan pandanganUniversiti Al Azhar. Universiti Al Azhar mengeluarkan fatwa dimana;


"Pemain bolasepak PROFESSIONAL dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas alasan perkerjaan mereka. Jika berpuasa memudaratkan prestasi melakukan kerja mereka maka tidak salah jika tidak berpuasa"

*BUKAN BAGI PEMAIN AMATUR YA!


Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain yang berkeras untuk berpuasa. Mereka ialah pemainFC Cologne Adil Chichi dan Youssef Mohamad. Mereka percaya prestasi mereka tidak terganggu kerana sudah biasa bermain bola dalam keadaan berpuasa.

Sebelum fatwa ini dikeluarkan ada pemain-pemain berugama Islam menggunakan loophole untuk tidak berpuasa. Sebagai contoh pada hari perlawanan, mereka akan memandu sejauh beberapa kilometer diatas jalan raya bagi mendapatkan status musafir.


Itulah jawapannya.



Maka dgn itu, hrp terjawablah. Tapi ape2 pn halnya, kalau da tinggal puasa wajib neyh, WAJIB ke atas kita untuk menggantinya kembali~




wallahualam~


p/s: sumber dari Sokernet dan dw-world.de


No comments: