Salam Syawal. . .
Habis sopan aku nk pikir tajuk entri kali neyh, kerna waktu ini membara sungguh di dada dgn keadaan semasa di tanah air tercinta ni. Aku bukan la nk sembang besar pasal komunis yg jd hero merdekakan TM ke, atau pembunuhan, pembakaran, peragutan sana sini yg tak tahu masa waktu dan tempat.
Tetapi, isu yang aku nak bangkitkan ini adalah berkenaan SAMPAH! Bukan sampah masyarakat ye, tapi SAMPAH!
Hal berlaku di kawasan R&R P**** lebuhraya T****-B****. Aku dan keluarga bergegas ke ruangan solat yang disediakan bagi menunaikan amanah kepada DIA. Masuk2 saje ruangan solat wanita, istighfar panjag aku. Terduduk trus xterkata apa~MASYA ALLAH. . .
Nak tahu ape yang terjadi? Lihatlah sendiri. . .
AMARAN KEPADA KAUM IBU!!
INGAT ANAK KOME JE PAKAI LAMPIN PAKAI BUANG? KALU BOLE LAMPIN PAKAI BUANG KOME PUN NK BUANG KAT SITU KAN~hissshhhhhh. . .
~kat luar ruang solat tue ade je tong sampah!!bukan payah pun~
Bertimbang rasa la sikit wahai kaum2 ibu yang terlibat. . .xpasal2 yg xbersalah pun kena tempiaskan. . .mintak ampun mintak maaf~
INI SUDA ADE TONG XMO PLAK LETAK KAT DALAMNYE. ADE EMAS KE DALAM TONG TUE SMPAI TAK SANGGUP NK CEMARKAN TONG TUH??
Kejap-kejap. . .
Tiga jam sebelumnya. . .
Perjalanan kami terpaksa diberhentikan kerana ramai antara ahli keluarga perlu menjawab panggilan semula jadi aka calling from the nature. . .hehe~
Tidak termasuk mama, pergilah kami ke bilik rehat. Selepas berpatah balik ke kenderaan yang dinaiki, tetiba dengar mama beristighfar.
"Baru je nak respect, tetiba suka hati je dye nak buang sampah! Dah la banyak pulak tu, depan orang ramai plak. Aiyaaaa~"
Okei, aku xnmpk. . .jadi, xsempat la nk snap gmbrnya.
Inilah minda kita, yang sememangnya tak tahu la aku nk gunakan perkataan ape untuk describekannya. Bule aku kate HAPAK x? Mcm xsesuai jgak. . .ntahla~
Jujurnya, aku cemburu dgn negara luar yg sangat menitikberatkan penguasaan bagi pembuang2 sampah tegar mcm ini. Tak nak pegi smp London pn pegi Singapore je la. Bole tgk mcm mne pihak berkuasa derang mengatasi masalah ini dan bagaimana pemikiran rakyat mereka. Kenapa kita xnak contohi mereka dalam bab ini??herrrmmm~
KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Walau apapun kita kan rakyat merdeka. Tinggal di negara yang merdeka. Tapi perlu juga kita banding beza dgn negara di sekeliling kita, Bukannya tak bersyukur, tapi perbaikilah diri menjaga harta pinjaman dunia yang diberikan olehNYA kpd kita. Janganlah kita persia-siakannya~ xgitu??
Wallahualam~
p/s:watch out pembuang sampah!kalu aku jumpa, siap korang~
In sya ALLAH aku tak buat. . .