Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 21, 2012

~DALAM KITA~



Dalam kita mengejar cecita, kita abaikan keutamaan kita

Dalam kita sibuk ke hulu ke hilir bersama pasangan kita, kita tidak tahu apa yang dikelek saudara kita di sana

Dalam kita mengeluh untuk menyelesaikan rumus Matematik, saudara kita tidak kenal erti lelah berjuang di jalanNYA

Dalam kita diam berimaginasi memikirkan masa depan kita, tiada hari esok dalam kamus hidup saudara kita

Dalam kita sibuk memperkatakan hak orang lain, kita tidak nampak hak kita yang hanya pinjaman semata

Dalam kita maju memuat turun segala hiburan di laman sesawang, kita tidak ambil endah tentang ilmu yang wajib kita utamakan

Dalam kita arif tentang selebriti ternama dunia, PENCIPTA mereka kita ketepikan

Dalam kita berbicara tentang jualan bisnes kita, pernah kita fikirkan untuk menyumbang di jalanNYA

Dalam kita menempah nama di tempat kita, kita alpa di sisi ALLAH siapakah kita

Dalam kita menganyam duniawi, kita lupa akhirat kelak bagaimana


Dalam kita bersenang lenang di bumi Malaysia, ambil tahukah kita tentang saudara kita di bumi Syria, Mesir, Tunisia, Libya dan semua negara2 Islam yang sedang huru hara
Di manakah kita sebenarnya??



~Aku tinggalkan kalian dengan rakaman ini. Buat renungan kita bersama~







pssssttt: Jika kita pandai berkata, bawalah Islam di dalamnya, jika kita mahir menulis, serapkanlah Islam di dalamnya, jika kita hebat bersukan, bawalah Islam bersamanya, jika kita sering bermuka buku, martabatkanlah Islam setinggi-tingginya.




Wednesday, February 15, 2012

~SESUNGGUHNYA~



THE BEST STATS FROM HIM
"Valentine Day. Sorry. I'm Muslim and I believe in Allah"
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR~


klik gambar ntuk membesar



psssstt:biar hebat di atas padang sekalipun, yang di atas sana jangan sekali kita lupakan~


Friday, February 10, 2012

~S.H.~




SANAH HELWAH ZIEMAH!!!

walaupun kita berada di atas dua landasan yang berbeza
walaupun kita dipisahkan dek jarak yang tak terkira
walaupun kau di selatan aku di utara
tujuan kita tetap sama
mencari keredhaanNYA~

Moga kau sihat selalu dan diberkati usiamu.
Tiada hadiah yang dapat membalas jasamu sahabatku
Rahsiaku, rahsiamu
Tetap erat dalam jagaanmu
Moga kau tabah dan hanya doaku senantiasa untukmu~
(perrggghhh~jiwang aku!!haha~)


gambar lama, agak2 ko makin slim ke skrg??heee~


psssstt:agak2 ko nk fly nt bg twu la aku tp yg penting kalu nak menikah tu pastikan aku org pertama tawu. kalau tak~siaplah!!!heeee~


happy birthday again!!
.::xoxo::.



Wednesday, February 01, 2012

~KETAWA, MENANGIS~






Situasi 1

Di sebuah rumah tidak jauh dari ibu kota. Seorang remaja terbahak-bahak menyaksikan Maharaja Lawak di Astro. Dia ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Mungkin kejang perutnya kerana ketawa.

Tidak puas menonton, didownload pula rancangan itu di Youtube. Dari siang ke malam. Dari terbit matahari, hingga terbenam matahari. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. Hati sepi.



Situasi 2

Di suatu malam yang hening, di sebuah masjid. Seorang anak muda menyelak helaian kitab Syamail Muhammadiyah. Helaian demi helaian diselak dengan penuh minat. Matanya tertancap pada dua buah kisah…

*********************************

Kisah 1
Suatu hari, Zahir – seorang lelaki Badawi memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah SAW. Baginda pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain. “Zahir ialah orang Badawi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.” Baginda SAW sendiri amat menyenangi Zahir walaupun beliau bukanlah seorang yang kacak dan tampan.

Suatu hari, Rasulullah SAW menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan, Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata, “Siapa ini? Lepaskan aku!”

Kemudian Zahir cuba menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya adalah Rasulullah SAW. Dengan itu, Zahir membiarkan sahaja dirinya didakap oleh insan agung itu. Dengan nada bergurau, Rasulullah berkata, “Siapakah yang hendak membeli budak ini?”



Kisah 2
Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk ke syurga.” Baginda menjawab, “Wahai Ummu! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.” Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.

Rasulullah berkata kepada sahabatnya, “Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Surah al-Waqiah ayat 35-37)

Helaian kitab ditutup. Air mata bertakung. Kemudian menumpah, membasahi pipi dan gugur ke riba.





Sungguh, aku merinduimu YA RASULULLAH~


pppssstt: Bergurau, bersenda, berjenaka ada tempat, masa dan hadnya. Ayuh contohilah manusia AGUNG sepanjang zaman yang kita cintai NABI MUHAMMAD S.A.W~