Friday, June 29, 2012
~PLASTIK DAN TIMUN~
Di TESCO Penang bersama mama tercinta. Mama mahu membeli timun yang banyak jumlah batangnya kerana esok Karnival Jambulicious menginginkan mama untuk masak buat mereka. Tatkala aku membantu memilih timun yang molek untuk dijadikan ulaman dalam nasi lemak esok, aku lihat seorang budak lelaki di tepi aku. Dia terkial-kial menarik plastik untuk mengisi timun yang dia pilih. Lebih 20 saat aku memerhatikannya dan aku mendekatinya.
"Tak boleh tarik ye dik? Meh nak tolong"
Dia senyap.
Rupanya, kobis yang lebih besar dari kepala aku yang membantutkan budak lelaki itu untuk menarik plastik yang disediakan. Pemilihan timunku terhenti kerana budak lelaki itu lebih menarik perhatian aku. Setelah dapat menarik plastik tersebut dia tidak dapat untuk mengoyakkannya. Aku merapati dia kembali.
"Tak boleh koyak eh dik? Sini nak tolong."
Dia senyap dan kali ini dia langsung tidak memandang aku.
Selesai aku koyakkan plastik buat budak lelaki itu, aku buat-buat sibuk memilih timun tetapi mataku tetap memerhatikan dia. Dia mengambil tiga biji timun yang bagiku xsepatutnya dia ambil kerana timun2 tersebut sudah kurang molek. Aku biarkan sahaja. Namun, dia tidak terus memasukkan timun2 tersebut ke dalam plastik, tetapi dia hanya seperti mahu membalutnya. Aku hairan. Kenapa dia tidak masukkan timun2 yang dipilihnya ke dalam plastik.
Aku merapatinya sekali lagi.
"Dik, meh sini. Masuk timun tu dalam ni."
Aku cuba membantu. Dan kali ini aku terpaku.
Keluar dari bibir kecilnya walaupun mata layu itu tidak memandangku.
"Terima kasih kak."
Aku terus memerhatikan dia berpaling daripadaku untuk pergi menimbang timun yang diambil untukdihargakan.
Nah, aku lihat ada kesan jahitan atau parut pada kepalanya. Aku pun tidak pasti. Tumpah rasa simpati aku kepadanya.
"Boleh tak tu?"
Kedengaran suara dari seberang tempat timun ke arah budak itu. Kelihatan ibunya di situ. Aku cuba memerhati mereka tanpa dapat dikesan dan aku rasa aku berjaya. Mataku tetap pada budak lelaki itu.
Aku berpaling untuk terus memerhati budak lelaki itu. Kelihatan seorang ayah bersama troli dan dua lagi anaknya menghuni troli itu. Tanpa segaris senyuman di bibir ayah tersebut, dengan muka yg agak bengis bg pengamatanku, budak lelaki itu seperti takut2 untuk memasukkan timun ke dalam troli tersebut.
Timbul tanda tanya dalam diri ini. Adakah perasaan aku ini betul atau hanya mainan pemerhatian aku sahaja.
Moga adik itu sentiasa tabah dan dilindungi selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment