Terdetik di hati bahawa terlalu banyak kekhilafan yang telah dilakukan menjadikan diri terlalu hina-dina
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
QS. As-Saff: 2-3
Hobi aku untuk memerhati kelangsungan hidup sememangnya tidak pernah mati.
Mahu menelan apa yang dilihat, aku rasakan mual sekali
Mual dek kerana manusia yg sering lupa diri
Lupa bahawasanya sang murabbi sedang menanti
(Kenapakah payah benar Melayu menepati masa? Adakah itu lumrah atau kita biarkan ia menjadi adat kita?)
PROGRAM IPG KAMPUS DOT DOT DOT~
A(PIC program) : Aku heran, apehal la derang ni xnak join program bermanfaat ni. Pastu mula la nak kata kampus xde anjur program la, itu la, ini la. Padahal depa yg xnak turut serta. Penat orang anjur itu, anjur ini. Kesian kat PIC noh.
B(PIC program lain) : Depa duk bising kata kita xpi program depa. Depa pun xsupport program kita. Macam tu la. Kata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Inilah yang terjadi. Tiada persefahaman, tiada persepakatan, tiada toleransi. Semuanya pentingkan diri.
Lihat diri, Perbaiki.
Sungguh aku malu. Malu dengan diri sendiri dan malu bagi pihak mereka-mereka ini.
pssssttt: hangpa duk marah orang kutuk cikgu sana-sini. hangpa pun xhormat cikgu. macam ni la~choooiii. . .
MAAF
No comments:
Post a Comment