Salam~
aku ingin membawa kalian merenung sesuatu. . .
sesutu yang sgt patut ditenungi~
kerana tatkala kita merenunginya~
kita akan sentiasa mengingati KHALIQ yang sentiasa merenungi kita~
marilah kita amati dan merenungi keajaiban alam ciptaan yang MAHA AGUNG ini~
SUBHANALLAH!!!
tiada description untuk figura2 di atas kerna aku terlalu TAKJUB dgn kekuasaanNYA~
SUBHANALLAH. . .
indah nian x terkata~i'm speechless. . .
"MEMUJI, MERENUNGI SERTA MENGHAYATI KEBESARAN ILAHI ADALAH SEBAHAGIAN DRPD IBADAH"
Kegemilangan insan sebenarnya terpaksi kepada kekuatannya membentuk peradaban yang berteraskan pemikiran yang soleh lagi sempurna. maka dari itulah, ALLAH SWT memerintahkan manusia supaya sentiasa bertadabbur dengan akal sebaliknya menempelak mereka yang gagal mentadbir elemen kemanusiaan sebagai modal insan melalui firmannya di dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat ALLAH), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan ALLAH) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
wallahualam~
sampai sini,salam~
1 comment:
subhanAllah>>> speechless
Post a Comment