Thursday, June 30, 2011

~CERITA SEMALAM~



"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu mencari (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."

(Surah Yusuf : 87)


******************************************





Pandanglah sekeliling dan hayatilah. . .
Sesungguhnya orang yang bersungguh-sungguh itu akan mendapat ganjarannya dengan izin ALLAH SWT.


***************************

Cerita semalam(29062011)

Terpahat satu lagi sejarah baru di sini apabila sambutan hari guru yg terlewat sebulan lebih disambut dgn gemilangnya~
Persembahan yg tidak kurg hebatnya drpd kumpulan Maths sem 2 tahun 1(group ak la tue!)
xberputus asa berlatih dengan semangatnya, akhirnya persembahan ntuk disajikan kpd para penonton terutama buat para pensyarah mendapat tepukan yg sgt gemuruh~
HAMDALLAH~


tekan ntuk membesar



dan jge perkara yg satu itu~
result last sem. . .
sume bagai nk rak menanti keputusan dan akhirnya klua jga hari yg sama tyme tenga hepi2 kt gelanggara. . .n semakin riuh dan hepi la tempt itu~

ada org kate "i realised something today..if ur friends fail, u feel sad..but if ur friend come first, u feel even more sad"
yes! that is true~

tp bagi aku, apa yg penting niat kita peroleh ilmu itu ntuk ape sbnrnya~
setinggi mane CGPA kite skalipn, tp kalu niat da lari, xde gne jugak~
so shbt2 n diri sndiri, btolkan niat kite ye, dan ingtlah bakal cegu sekalian, bukan CGPA yg digunakan untuk mendidik anak bgsa kelak~
yg penting, jangan berputus asa dan YAKINLAH dengan DIA~


p/s:manusia sering kali terbabas dlm segala hal~maafkanlah agar hati sentiasa tenang. . .


Sunday, June 26, 2011

~OBAT~



Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi
s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan
sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat
duduknya dari neraka."


(Riwayat Bukhari)


******************

Ubat hati

Baca Quran dan maknanya
Solat malam
Berkumpullah dengan orang soleh
Perbanyakkan puasa
Zikir malam berpanjangan




wallahualam~


p/s:moga kita senantiasa dilindungi DIA. . .with <3


Monday, June 20, 2011

~SETAT DAAA~



Salam. . .
hari pertama kuliah pada sem yang baru~
semuanya kelihatan letih blake. . .

p/s:wondering, cne agknye keadaan member2 u waktu 1st day kuliah derang lepas cuti sem slama 4 bulan~




Saturday, June 18, 2011

~MAK CIKKKK???~


Salam petang Sabtu. . .

Syukur, selesai suda majlis kesyukuran perkahwenan anak jiran aku tadi. . .
Baru aku nmpk betapa akrabnya jiran tetangga di kwasn ini tatkala sesuatu majlis diadakan~ Maklum la, bukan salu aku duk lama2 kat rumah neyh. . .Salu kalu cuti semedang xde kat Penang. . .tapi, alhamdulillah cuti kali neyh dihabiskan sepenohnye di Penang(dgn banganya!!)

Sampai aje tmpt kenduri(kami dr pehak pengantin lelaki) dengan bw hantaran sebnyak TIGAPLO DULANG, 30 okei!!xpena lg sebnyk tue. . .mgkin adat org kt sni kot~huhu. . .
aku dgn nikon saje duk tembak2. . .pas tue smp part tgkp gmbr jirn tetangga. . .

Dengan senangnya ak suh bdk2 posing. . .
aku : kaih danish, buat2 blakon. . .nk tgkp gmbr neyh~
ifa : weyh yan(abg kepd danish), MAK CIKKKK neyh kenal adeq hg la. . .
(omaidear!! dat girl jz call me MAKKK CIKKK~ MAK CIKKK okei!!)
toink3~ naseb bek dye ckp pelan. . .kalu x. . .hahaha~punya la aku pakai attire paling sempoi, dye pggl aku MAK CIKKKK~
(sedrla diri cik kak oiii!! tangan-ke-bahu-mata-ke-atas)

tue je cter nye. . .
yg herannya, aku memg nmpk mcm MAK CIKKK ke??
tua da aku neyh upanye~beringatlah diri oiii!!heee~

Jom layan~suasana sekitar kenduri. . .



mempelai (abg azwan n isteri)
(maaf, tatau nama isterinye~my bad!!)


gubahan masjid yg abah buat!!


hantaran lain


sireh junjung mesti ade


yang lain-lain


budak yg pakai baju pink ni la yg pggl aku MAK CIKKK~



sekian~ALHAMDULILLAH. . .

Friday, June 17, 2011

~D . M . C~

Salam. . .


D . M . C


Ini bukan lah project letters sprt inche Waffle sedg usahakan. . .

Tapi singkatan untuk tajuk filem Dalam Mihrab Cinta yg baru aku nonton semlm walaupn tlh lama ditygkn~heh. . .

Filem yg diadaptasi daripada penulisan novelis terkenal Indonesia Habiburrahman El Shirazy yg dimampatkan dengan unsur2 moral yg tinggi(bukan pd bhg awal filem) membuatkan aku berpandangan bahawa kehidupan ini dipengaruhi oleh hal2 di sekeliling sebenarnya.
Namun, akal fikiran serta kesedaran dirilah yang menentukan segalanya dengan kehendak ILAHI. . .
Justeru, berusahalah dlm mencari keredhaanNYA. . .



lagunya pn enak bangat seyh. . .(oppps, terbit sudah indonnya~heh. . .)


AFGAN-D.M.C



sekian~

Wednesday, June 15, 2011

~SAMPAI WAKTUNYA~


Georgeteown, Rabu- Setelah lebih kurang seminggu tidak menerima air dari langit, titisan hujan kembali menggamatkan suasana di sini. Pulang dari membeli barang, terus aku memecut pacuan 4 roda ke sekolah mama untuk membawanya pulg ke rumah. Usai lunch bersama mama dan adeq, aku masuk ke bilik untuk meliht brg yg telh dibeli.

Aku terpegang C6 ku, 9MISSCALLED dan 1MASSAGE tertera di skrin. Terus aku lalukan jariku ke atas butang view~INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUUN. . .
Lantas, skali lg C6 ku berbunyi. . .salam disambut dan aku trus bersetuju pabila mama bg kebenaran untuk menziarahi jenazah yang masih berada di unit forensik hospital. . .

Terus aku pacu kereta ke destinasi pertama dan menyerahkan panduan kepada shbtku untuk ke ospital pula. Sesampai di unit forensik, kelihatan terbujur kaku shbtku itu. Riang tawanya, senyum malunya berlegar di depan mataku. . .
Hari ini genaplah 6 bulan 5 hari arwah terlantar dan dijemput menghadap PENCIPTA KITA~
Arwah telah terlibat dlm kemalangan pd Januari 10th (klik sini)~

Owh sahabat, moga kau aman di sana~YA ALLAH, tempatkanlah sahabat kami dalam kalangan org yang dikasihiMU.



arkib captencegu


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Imran : 185)


p/s:kepada kita yang masih bernyawa. . .bersedialah~perbanyakkan amalan kita. . .

Tuesday, June 14, 2011

~LUQMAN HAKIM PESAN. . .~

Salam. . .

ingin aku kongsikan
pesanan berharga seorang bapa kepada anaknya
moga menjadi iktibar kepada kita
dengan ini renung2kanlah
25 pesanan LUQMAN HAKIM kepada anaknya. . .


1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”

9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”


23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”


(tekan gambar untuk membesar)


p/s:beramal lah dgn semampunya kerana DIA. . .with lv~


Monday, June 13, 2011

~O . M . G~


Salam~

sedang menahan keperitan rongga tekak yg memeritkn sambil nonton channel AFC kt estro, aku bergegas ke jendela tatkala mendegar keriuhan nun di bwh sane (al maklum la, tinggal di awangan kn). . .ramai btol jiran tetangga yg berkumpul kt bwh~(duh!!apekah??)

O.M.G~
mama, ada jentera bomba kt bwh. . .
(heart beat kencang bagai nk rak cz aku ingt ada kebkrn ape ke. . .)
ketuk bilik mama, mama tenga solat~
aku pn pggl la teah n dik da dtg tgk~
tiba2 di pintu rumahku~

ting tong. . .ting tong~
door bell bunyik. . .
O.M.G~

memg da kebiasaan kalu ada org tekan loceng kami adeq bradeq akan berlari masuk bilik. . .hehehe~
pakai tudung mls n mengenakan sweater di bdn aku pn jenguk kt lubang thru da thick door~
O.M.G~
mama, BOMBA datanggggg!!!
oppsss~mama xsuda solat lg. . .
okei2, aku la yg kena buka pintu kn. . .

aku selak kecik je pintu~

aku: ye cik, ade ape??
bomba: umah neyh ada kucin ke kt tgkap tue??
(dlm pale aku. . .bile masa plak kitaorg ada bela haiwan peliharaan neyh)
aku:erkk??xde pn cik~(dgn muka bena-tak-bena dan mengundang sengih di bibir inche bomba itu. Teruk sgt ka ekspresi muka aku inche oii??huhu~malu!!)
bomba:ada org tepon kate ada kucin kat aircond rumah, ye ke??bule kami masuk??
aku:sat ea inche~sat naa. . .
(aku pn trus pggl mama yg dlm kain sembhyg lg~mama pn bergegas la klua n ckp dgn inche2 bomba berkenaan)

aku da blah da sebab suda malu di situ~dengan bilik yg agk berserabut cz teah duk buat homework yg berseni itu, aku pun redha je la inche bomba nk masuk untuk selamatkan kucintersebut melalui tgkap bilik~

perasaan terkejut-cuak-malu-sakit tekak-kelakar semua bercmpur baur. . .
dlm 10minit, misi selamatkn kucin tersepit di aircond pn berjaya~HAMDALLAH. . .
aiyaaaaa~mana la kami nk prasan ade kucing kat tingkat 3 neyh. . .kat aircond luar rumah plak tue. . .choiiii~hilg da mood tengok Emmanuel Stroobant masak. . .huhu~

sekian~
nasib baek xde pape. . .

baru ak tawu yg walau nk selamatkn kucin skali pn, jentera bomba yg besaq tue depa bw ea. . .ermmm~


Nikon: gmbq yg sempat disnap~


Nokia C6: misi slamatkn kucin


Saturday, June 11, 2011

~PANAS TAK SAMPAI KE PETANG~





tu la. . .
happy lg dgn gol first. . .sama mcm kt jersi tue kn
HAPPY
tp nk wat cne~
leka sesaat je. . .
TANEA LA TENGGANU~



p/s: frust melebihi tgk UEFA cup ari tue~huhu. . .


Friday, June 10, 2011

~WAS AN ARCHITECT~


Salam mahabbah~

Di malam Jumaat ni, aku terimbas kembali. . .

SKBM(1997-2002)
bila cegu2 di sekolah bertanyakan tentang latar belakang diri mesti punya terselit
"kamu nk jadi ape bila besar nt?"
jawapan yg sering kali meniti di bibir rkn2 ku adlh
saya nk jadi DOKTOR cegu!! ENGINEER cegu!!

dan aku
saya nk jd ARKITEK cegu~
member2 da pndang lain. . .buat muka apekah-itu-doe??
okei2. . .arkitek tue yg lukis2 pelan bangunan tue la~
cegu pn buat muka aci-redah-je-budak2-ne. . .
ye la, cegu mana bule menghampakan harapan murid2 kn~hehehe(ckp kt diri sndri neyh)

akhirnya. . .
arkitek pn ntah ke mana kn~
ye la, nama pun budak2. . .nk laen dr yg laen kn~
alih2 lain yg dpt~
itu rezeki masing2 kn~ALHAMDULILLAH. . .
so, nk citernya. . .aku pena la berangan nk jd arkitek suatu masa dolu~hehe. . .

tp hari neyh,
aku nk buktikan~
bole je jd sorg arkitek. . .
guru sebagai arkitek dlm bilik darjah(hehehe. . .skema jwpn kertas maths curriculum)
okei2~bukn ini sebenrnya. . .
aku nk tunjuk neyh sebenarnya. . .








binaan replika masjid oleh aku(tolong balut benda2 yg perlu je. . .hik3~) and abahku, untuk hantaran anak jiranku. . .
ape mcm??bule jd arkitek x??hehehe~
sekian~

p/s: INGIN MEMBUAT TEMPAHAN??SILA HUBUNGI 012-3456789. . .


Monday, June 06, 2011

~PENANG-PERAK 4 DAYS 3 N8~



Salam. . .
seminggu suda berlalu cuti aku~
awal cuti da ke KL. . .
tenga cuti bercuti-cuti di dalam Penang~
(aiyaaa, xberkembang meh??)

Naa~
Lots to discover dlm Penang neyh okei~
bnyk lg tmpt yg xjejak sbnrnya. . .
So, ape slhnye kn jenjalan keliling Penang walaupn da 19 taon menetp di sini~

3 days 2 n8 in Evergreen Laurel Penang. . .
Berangkat pula ke Suria Bukit Merah Laketown selama 2 days 1 n8~
Berbalaoi2~
CCM. . .cuti2 Malaysia, cuti2 makan. . .

anyhow. . .
bagusla kn cuti dlm negara neyh,
ada la jgak menyumbg kt ekonomi tempatan~
Malaysia best la(tp tak dari semua sudut la). . .

Antara moment yg best. . .
Jom2~

















percutian yg ditaja memg syok la kan. . .HAMDALLAH~moga2 dpt lagi keluarga yg lebih besar aku dpt berkumpul seperti ini lagi~INSHALLAH. . .