Tersebutlah al kisah di sebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Di saat seluruh dunia menyambut tahun baru ini, pemerintah negeri tersebut telah mengumumkan pelbagai kenaikan harga barangan serta penolakan subsidi yang telah diberikan selama ini bermula 1 Januari. Bagi yang menyokong katanya "lama dah depa duk bagi, tak pa lah naik skali skala". Ade juga yg bunyinya begini "kita ni kena terima semua keadaan dengan cara positif. Walaupun perkara tersebut negatif bila menerima dengan positif maka positif la jadinya". Eh2, dalam matematik kan Positif x Negatif = Negatif tahu??
Maka, nak dijadika cerita, golongan rakyat yang rasa teraniaya mencetuskan demo aman yang dipanggil T***N. Mahu menyatakan pendapat, suara tidak didengar. Jadi protes inipun berlangsung. Namun, media-media yang sesungguhnya didalangi oleh puak-puak pemerintah ini mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan ini untuk menggulingkan tampuk kempimpinan mendapat liputan yang sangat meluas. Baiklah kawan, luaskanlah kuasamu. Dengan sesungguhnya kalian telah mempromosi perhimpunan T***N tersebut. Terima kasih ya!
Nak dijadikan cerita, perhimpunan berlangsung dengan aman. Malu sendiri ya kamu. Ini baru satu ya kawan. Banyak lagi yang akan menanti. Pulak keluar kenyataan dari seorang mufti di negeri tersebut mengatakan darah para pendemo adalah halal untuk dibunuh?Apakah ini?Nampak tak permainannya di situ?Bertepuk tanganlah sekuatnya bagi mereka yang tidak memahami. Ini adalah kisah yang perlu difikirkan bersama. Sampai bila perkara ini perlu berlanjutan?
~SELAMAT TAHUN BARU 2014~
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati di dunia pinjaman ini dan sentiasa berada di atas landasan yang benar untuk memperjuangkan dan menegakkan keadilan~
Percaya janji ALLAH~
No comments:
Post a Comment