Tuesday, January 07, 2014

~JODOH BERDUA~




Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita





Musim orang kahwin dah slow sikit..nak mai balik time raya cina nanti..Apa2 pun tahniah kepada mereka2 yang telah berjaya mendirikan rumah tangga. Selamat melayari bahtera kehidupan ini dengan pasangan masing-masing. 

Buat diri aku dan diri mu yang masih belum berpunya, usah bimbang, usah gelisah. Jika tiada di dunia di akhirat kelak pasti berteman jua. Yakin dengan kalam Allah buat setiap makhluk yang Dia ciptakan. ALLAHUAKBAR~


psssttt: siap sedia untuk gerbang pernikahan penting tapi ade yang lebih penting drpd itu iaitu KEMATIAN kerana MATI ITU PASTI~

1 comment:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Setuju. Persedian menghadapi kematian lagi penting dan utama.
:')